Kuching: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di bulatan Jalan Muara Tabuan/Samajaya, Kuching, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, Abdul Rani Rumani, 21, maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang bersama rakan Adeni Wahab, 28, dilanggar Toyota Hilux.
Menurut sumber, difahamkan, mangsa dikatakan dalam perjalanan menghantar rakannya pulang ke rumah di Tabuan dan ketika keluar simpang di bulatan berkenaan, motosikal mereka dirempuh Toyota Hilux dipandu laju dari arah Muara Tabuan ke Samajaya.
Mangsa tidak sempat mengelak menyebabkannya dilanggar dan tercampak beberapa meter.
SEORANG ahli keluarga mangsa mencium jenazah Abdul Rani di tempat kejadian.

“Mangsa parah di kepala dan disahkan maut di tempat kejadian, manakala rakan yang cedera ringan dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan dilaporkan stabil. - myMetro.
Post a Comment