BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Sunday, January 19, 2014

MEWAH !! Sewa Eurocopter rai persandingan anak

TELUK INTAN – Mahal, tapi berbaloi. Itu reaksi spontan diberikan juruterbang pesawat Firefly, Shahrizan Abdul Rahman, 54, yang menggunakan Eurocopter untuk memeriahkan persandingan anak perempuannya, Nurushuhada Ashirin, 27 dan pasangannya, Amir Razlan, 28, semalam.

Pasangan pengantin itu dibawa menikmati pemandangan bandar Teluk Intan dari udara sebelum mendarat di Padang Speedy 2.

Shahrizan berkata, penerbangan itu adalah hadiah istimewa untuk kedua-dua pengantin yang baru pertama kali merasai keseronokkan menaiki helikopter.

“Walaupun terpaksa membayar harga mahal untuk sewa heli ini, tapi saya anggap ia berbaloi dan puas kerana dapat tunaikan janji dibuat sebelum ini,” katanya.

Ketibaan kedua-dua mempelai setelah hampir 30 minit di udara disambut meriah lebih 1,000 kenalan termasuk ahli keluarga sebelum diarak konvoi kereta mewah ke Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan untuk majlis persandingan.

Antara tetamu kenamaan yang hadir memeriahkan majlis persandingan itu adalah penyanyi rock, Ella dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airline System (MAS), Ahmad Jauhari Yahya.

Pengantin lelaki, Amir berkata, pada mulanya dia tidak percaya apabila bapa mentuanya mengotakan janji untuk membuat penerbangan istimewa di hari persandingan mereka.

Pegawai Eksekutif Kumon Asia Pacific Sdn Bhd itu mengakui berasa gementar dan gemuruh untuk merasai pengalaman pertama menaiki helikopter berkenaan.

“Pada mulanya saya rasa takut, namum selepas berlepas, saya rasa selesa. Saya anggap diri sebagai paling bertuah dapat pengalaman pertama pada hari istimewa ini,” katanya. - SH.

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog