JOHOR BAHRU: Lebih 50 pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, di sini, diserang histeria pada kira-kira 7 pagi tadi.
Pengurusan sekolah turut memanggil pakar perubatan Islam untuk membantu memulihkan pelajar berkenaan.
Difahamkan, ia berlaku apabila seorang guru melihat lembaga hitam di sekitar sekolah namun guru wanita berkenaan dapat mengawal diri.
Tidak lama kemudian, pelajar perempuan sekolah itu mula menjerit sehingga jumlahnya melebihi 50.
SALAH seorang pelajar yang diserang histeria menerima rawatan. FOTO Fahd Rahmat
Pengurusan sekolah kemudiannya membatalkan sesi persekolahan pada hari ini dan membenarkan kira-kira 1,000 pelajarnya pulang.
Ibu bapa juga dibenarkan menjemput pulang anak masing-masing. Semua mangsa berjaya dipulihkan pada 11.30 pagi tadi. - myMetro.

Post a Comment