JOHOR BAHRU - Seorang pekerja syarikat percetakan dijumpai mati dengan kesan tikaman bersebelahan seorang lelaki lain yang terbaring berhampiran sebuah pub di Taman Nusa Bestari di sini kira-kira pukul 6.10 pagi hari ini.
Kedua-dua mereka dipercayai mabuk teruk selepas mengunjungi pub tersebut.
Polis segera bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan orang ramai mengenai penemuan dua lelaki yang tidak sedarkan diri itu.
"Kedua-dua lelaki ditemui terbaring bersebelahan satu sama lain. Hasil pemeriksaan, polis mendapati mangsa dengan kesan tikaman berusia 36 tahun dan bekerja di Singapura itu sudah tidak bernyawa. Manakala seorang lagi berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,” kata Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintenden Noor Hashim Mohamad kepada pemberita di sini.
Lelaki yang tidak sedarkan diri dan berusia 38 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat. - Bernama

Post a Comment