BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Monday, February 10, 2014

BONGKAR !!! Punca 6 lelaki curi tulang mayat

Rompin: Enam lelaki termasuk remaja berusia antara 14 hingga 43 tahun yang cuba mencuri tulang mayat di kawasan perkuburan Orang Asli Kampung Deraman, Batu 3 di sini, ditahan malam kelmarin.

Mereka dipercayai cuba mencuri tulang mayat itu untuk digunakan bagi tujuan perubatan ditahan polis dan penduduk kampung kira-kira jam 9 malam.

Tindakan mereka itu disedari seorang penduduk kampung yang curiga dengan kelibat beberapa individu yang berada di kawasan tanah perkuburan berkenaan.

Ketika itu penduduk terbabit dalam perjalanan pulang ke rumahnya di sini, sebaik selesai menghadiri mesyuarat bersama pemimpin kampung.


KEADAAN kubur yang digali penceroboh.

Saksi kejadian, Tan Din, 39, berkata, dia berasa curiga apabila melihat cahaya lampu suluh di dalam kawasan tanah perkuburan itu dan pada masa sama, terdapat sebuah kereta parkir di tepi jalan. - myMetro.

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog