BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Monday, April 28, 2014

Gambar lambaian Selamat Jalan " Mr. Presiden Obama " berlepas ke Filipina pagi ini


SUBANG: Selepas tiga hari mengadakan lawatan ke Malaysia, Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama kini meneruskan kunjungan rasminya ke Manila, Filipina.

Obama yang menaiki pesawat Boeing 747-200B berlepas dari pangakalan TUDM di sini kira-kira pukul 10.20 pagi, Isnin.

Sebelum itu Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyambut ketibaannya dan mengiringi beliau menerima tabik hormat daripada 28 anggota  Rejimen Renjer DiRaja yang diketuai Kapten Mohd Fadjrin Mansor.

Hadir sama ialah Duta Khas Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis dan Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Awang Adek Hussin.

Terdahulu Obama dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan majlis menandatangani tiga perjanjian persefahaman (MoU) antara AS dengan syarikat Malaysia.credit Mstar

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog