Bendahari Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) Carlos Chavez, memberitahu perkembangan itu kepada agensi berita AP, di sini.
Beliau berkata, penggunaan simpanan itu "boleh memberi sedikit kelegaan kepada kami buat beberapa hari".
Katanya, penaja seperti Coca-Cola sudah diminta menyalurkan bayaran terus kepada CONMEBOL.
"Syarikat Datisan yang diberi hak untuk menganjurkan temasya, setakat ini hanya membayar sebanyak $35 juta (RM131.25 juta) daripada $80 juta (RM300.149 juta) yang sepatutnya dibayar kepada CONMEBOL. "Akaun milik Datisan kini dibekukan berikutan siasatan rasuah yang dilaksanakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat,". - AP
Post a Comment