Dalam operasi ‘Ops Kutip’ kira-kira jam 9.30 pagi semalam, lelaki itu gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah ketika ditahan pihak berkuasa di sebuah kedai makan di Seksyen 25 di sini.
Mahmud antara 79 warga asing ditahan dalam operasi itu yang berakhir jam 12.30 tengah hari semalam.
ANGGOTA Imigresen Selangor membuat pemeriksaan ke atas pekerja warga asing yang ditahan, semalam. |
Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Selangor Muhammad Amri Muhammad Sum berkata, seramai 62 anggota serta pegawainya menyertai operasi itu sejak kelmarin.
“Seramai 120 warga asing diperiksa dan 79 individu ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 berikutan gagal menunjukkan dokumen memasuki negara ini secara sah selain tinggal lebih masa,” katanya.
Oleh Naqiukamil Abdullah (Hmetro)
Post a Comment