BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Monday, August 10, 2015

KJ ingatkan UMNO jangan bertenggek atas kelemahan pembangkang



KUALA LUMPUR: UMNO tidak boleh bergantung kepada kelemahan pembangkang yang sedang kucar kacir untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, UMNO mesti menang atas kekuatannya sendiri dan keyakinan rakyat terhadap kekuatan itu.


"Kita tidak patut menang disebabkan oleh kelemahan pesaing. Kita patut menang atas kemampuan parti yang mendapat kepercayaan rakyat," kata beliau ketika sesi Hard Talk sempena Persidangan Pelajar Malaysia Ke-Sembilan di Hotel Renaissance hari ini.


Tambah beliau, rakyat tidak berhutang apa-apa kepada kerajaan dan tidak semestinya mereka harus memberi sokongan kepada kerajaan.


"Apa yang perlu dibuat adalah membuktikan kita boleh menguruskan negara dengan lebih baik daripada pihak lain," kata Khairy.




Beliau juga berkata tidak patut sekiranya masalah yang dihadapi UMNO tidak diakui parti itu sendiri.



"Saya mengaku ada masalah tetapi saya berharap dengan masa kita akan dapat menyelesaikannya," jelas beliau.


Selain itu, Khairy turut ditanya dalam sesi tersebut sama ada beliau berada di 'pihak Presiden' atau 'Timbalan Presiden'.

"Saya bukan orang Najib atau orang Muhyiddin. Saya orang UMNO.

"Keutamaan saya adalah parti dan saya ingin membantu membawa parti ini ke arah kemenangan," katanya.

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog