BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Monday, August 10, 2015

MBI perlu siasat kesahihan gambar pegawainya



IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyiasat kesahihan gambar yang diviralkan di media sosial berhubung barangan jualan seorang penjaja makanan bertaburan di perkarangan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).       

Beliau berkata, individu yang memuat naik gambar tersebut mendakwa ia adalah perbuatan pegawai MBI yang bertindak melempar dan membuang barang jualan penjaja itu di atas jalan raya di situ.    

"Saya telah mendapat laporan awal daripada MBI tetapi saya juga telah minta datuk bandar untuk menyiasat dan juga membuat kenyataan akhbar," katanya kepada pemberita pada Majlis Aidilfitri Lembaga Air Perak di sini, hari ini.

"Ia adalah soal sama ada benar tindakan diambil pihak penguasa MBI dalam mengendalikan kes itu...Saya tidak mahu perkara sebegini dilaporkan dengan tidak melihat kejadian yang sebenarnya," katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Ipoh Datuk Zamri Man berkata, gambar tersebut disebarkan oleh pihak yang mempunyai niat buruk terhadap MBI.

"Berdasarkan laporan awal, pihaknya mendapati peniaga itu sendiri yang bertindak membuang kacang putih yang dijualnya.

Pegawai-pegawai saya ketika itu hanya berdiri namun gambar itu menjadi viral keluar seolah-olah tindakan daripada pegawai kita," katanya.

Jelasnya, pihaknya telah menerima pelbagai aduan daripada orang ramai yang berkunjung ke hospital berkenaan mengenai kesesakan yang disebabkan oleh peniaga-peniaga di HRPB.

Gambar yang diviralkan menunjukkan seorang wanita India sedang tunduk di samping hasil jualan kacang putihnya yang bertaburan di atas jalan raya dan kelihatan pegawai MBI berada di lokasi itu. - Bernama

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog