Antara yang meluahkan pendapat adalah bekas Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Saddiq, melalui laman Facebook berkata, Nurulhidayah perlu mnghormati hak orang lain juga untuk bersuara.
Tambah Saddiq, ribuan orang awam yang turun menyertai perhimpunan tersebut adalah kerana mahu suara mereka didengari.
Graduan Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa itu turut menjelaskan, hak untuk bersuara adalah satu lambang negara yang bebas dan demokratik.
Nurulhidayah, yang merupakan anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini menyelar pihak yang mengecam tindakannya mengkritik Perhimpunan Bersih.
Post a Comment