BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Saturday, November 28, 2015

Beto dah tak malu...


AKTOR Beto Kusyairi akui berlakon membantunya buang sifat pemalunya.

Pelakon berusia 35 tahun itu memulakan kerjaya lakonannya selepas diberi peluang untuk menggantikan seorang pelakon tambahan yang tidak dapat hadir menjalani penggambaran.

Sebelum itu, teraju utama Bravo 5 ini sudah pun bergiat aktif sebagai kru di belakang tabir sejak 1998.

“Sebelum ini, saya sangat pemalu. Namun, apabila berlakon, saya ‘dipakaikan’ dengan pelbagai watak.

“Oleh itu, ia menjadi terapi kepada diri saya dalam menghakis sifat pemalu itu,” katanya.

Meraih kejayaan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 2015 (ASK2015) baru-baru ini, Beto tidak mahu menjadikan ia sebab untuk naikkan harga bayarannya.

“Setiap bayaran diterima perlulah berdasarkan kepada kualiti kerjanya. Barulah, profesion yang dipilih ini menjadi satu kerjaya diiktiraf,” katanya.

Malah, pemilik nama sebenar Nurkusyairy Zakuan Osman ini juga mengakui perjalanan karier seninya agak getir sebelum menikmati kejayaan pada hari ini.
“Alhamdulillah, kini saya sudah berada pada tahap yang selesa selain boleh memilih karya yang saya mahu.


Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog