BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Friday, November 6, 2015

Ini Wajah "Dr Hot" yang memenuhi Facebook


PELAYAR wanita di media sosial hari ini dilihat begitu teruja selepas foto seorang lelaki tampan dan bertubuh sasa dikongsi secara meluas.

Tinjauan Sinar Online mendapati individu 'hot' tersebut dikenali sebagai Shazril Shaharuddin yang juga merupakan seorang doktor.

Melalui laman Instagramnya @say_shazril, dia pernah menjadi model atau penghias muka hadapan majalah Maskulin edisi September 2014 dan juga pernah menyertai pertandingan melibatkan bina badan.

Sinar Online juga pernah menyiarkan berita mengenai pertandingan tersebut, Mr ACT 2013 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 2013.

Selain itu, terdapat juga foto Shazril dalam persalinan doktornya berlatarbelakangkan Dewan Bersalin di Hospital Serdang.

Melalui Instagramnya Shazril turut mendedahkan dia sudah berkahwin dengan seorang doktor, Azura Abas.

Sebelum ini beberapa foto imej lelaki berwajah menarik turut menarik perhatian pelayar wanita di laman sosial Facebook dan menjadikanya viral.

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog