BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Monday, November 30, 2015

Punca kematian Yus Jambu terjawab



Pemergian pelawak popular, Yus Jambu, 39, mengejutkan ramai pihak terutama rakan pelawak kerana tidak menunjukkan tanda-tanda beliau mengalami sebarang masalah kesihatan.
Pelbagai versi cerita ada. Ada yang kata Pak Yus atau nama sebenarnya Yussry Edoo rebah ketika buat persembahan. Pak Yus sebenarnya mengadu kurang selesa dan sesak nafas selepas mengadakan persembahan di Dataran Merdeka, malam tadi.

Menurut info, jenazah Yus Jambu dilaporkan dikafankan di Hospital Selayang sebelum dibawa ke kampung kelahirannya di Perlis untuk dikebumikan hari ini.
Menurut rakan seperjuangan Jihan Musa, kehilangan Pak Yus memberikan impak yang amat besar dalam dirinya. Jihan menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang berhati mulia dan disenangi oleh banyak pihak.
“Pak Yus memiliki hati yang begitu mulia dan baik. Sukar untuk orang membenci Pak Yus kerana arwah begitu disenangi dengan keletah bersahajanya.
“Arwah baru saja menghubungi saya beberapa hari lepas bagi menanyakan pendapat saya mengenai perihal kerja. Langsung tidak nampak sebarang tanda arwah akan meninggalkan kita secara mengejut begini.
“Saya dimaklumkan mengenai berita ini setelah selesai mengacarakan program Gegar Vaganza 2. Saya dan Nabil bergegas ke Hospital Selayang untuk melawat jenazah untuk kali terakhir.
“Ramai orang memenuhi perkarangan hospital kerana arwah disayangi semua orang. Namun, Allah lebih menyayangi Pak Yus,” kata Jihan kepada BH Online.
Sementara itu, Sherry Al Hadad turut meluahkan rasa terkilannya kerana tidak dapat mengenali Allahyarham dengan lebih dekat.
“Saya baru saja mengenali arwah ketika bekerjasama untuk program Juara Parodi kelolaan Astro. Pak Yus sentiasa menceriakan kami dengan jenaka bersahajanya.
“Terkilan rasanya kerana tidak berpeluang untuk mengenali arwah dengan lebih dekat lagi. Diharap semua pihak mendoakan supaya Pak Yus ditempatkan dikalangan orang yang beriman,” kata Sherry.

Afdlin pula memaklumkan berita kematian Yus Jambu disampaikan oleh rakannya iaitu pelakon Angeline Tan.
“Saya tidak tahu terperinci tentang itu, namun berita itu disampaikan oleh salah seorang rakan iaitu pelakon Angeline Tan. Katanya, mereka baru pulang dari Konsert Raja Band di Dataran Merdeka dan dalam perjalanan pulang arwah sesak nafas. Jenazahnya masih berada di Hospital Selayang,” ujarnya kepada mStar Online.

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog