BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Wednesday, December 16, 2015

Hati-hati! Gadis Jelita Maut Akibat Ber'Selfie'



Memetik laporan Metro.UK, seorang gadis jelita, Anna Ursu bersama rakannya dikatakan pergi ke stesen kereta api di Bandar Romania untuk ber'selfie' untuk dimuat naik ke akaun Facebooknya.

Malangnya, dia melecur teruk selepas tersentuh kabel elektrik aktif berkuasa tinggi secara tidak sengaja dengan kakinya ketika berselfie sambil berbaring di atas bumbung sebuah gerabak kereta api.

Menurut pihak berkuasa, kabel elektrik 20k voltan itu menyebabkan wanita itu terbakar serta merta manakala rakannya terpelanting akibat impak letupan tersebut.

Orang awam yang berada di lokasi kejadian cuba membantu Anna dan dia kemudiannya dikejarkan ke hospital.

Bagaimanapun remaja berusia 18 tahun itu meninggal dunia di hospital manakala rakannya dilaporkan beransur pulih.

Menurut saksi, dia cuba untuk menyelamatkan dua gadis itu apabila melihat mereka bermain di atas kereta api itu.
“Saya tahu ia amat berbahaya, saya menjerit tetapi mereka tidak mendengar panggilan saya,” katanya.

Selepas beberapa saat, saksi terdengar satu letupan kuat sebelum melihat Anna terbakar.


Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog