BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Friday, December 11, 2015

Hentam Mahathir, Wakil Perak kena `boo’


Wakil Perak, Datuk Hamzah Mohd Kassim telah diarahkan berhenti oleh Datuk Badruddin Amiruldindaripada meneruskan perbahasan ekoran ucapannya yang lantang menghentam bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.
Ketua Bahagian UMNO Gopeng itu disuruh berhenti bercakap oleh Pengerusi Tetap selepas Hamzah menganggap kejayaan Malaysia tidak ada kena mengena dengan bekas Perdana Menteri itu.
“Kita jangan sentuh perkara lalu. Yang berlalu biarlah berlalu. Kita kena pandang ke hadapan,” kata Badruddin seperti dilapor portal Malaysiagazzette.
Tindakan Hamzah yang seolah-olah mengutuk Dr Mahathir itu disambut oleh perwakilan di dalam dewan apabila mereka menjerit `boo’ sambil ada diantaranya bangun dari tempat duduk ketika nama bekas Presiden UMNO itu disebut-sebut oleh Hamzah.
Bagaimanapun, teguran Badruddin itu diterima Hamzah dalam keadaan seperti tidak berpuas hati, namun, beliau tetap meneruskan perbahasan dengan menukar topik lain.
Hamzah berkali-kali cuba menerangkan kaitan ucapannya mesti menyebut nama Dr Mahathir sebagai merujuk kepada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 tetapi tetap dibantah oleh Badruddin.
FMT

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog