BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Saturday, December 12, 2015

Ini Caranya Kalau Nak Ajar Suami Curang


Tajuk yang sensitif membuatkan ramai wanita mahu baca. Pasti terasa sakit jika membayangkan suami tersayang rupanya sedang memadu kasih sepenuh hati dengan wanita lain. Sudah menjadi fitrah wanita, sangat sedikit yang rela cinta dan kasih mereka dikongsi dan dirampas. 
Sukar untuk dijelaskan mengapa kecurangan berlaku. Ia berpunca dari berbagai faktor. Ada kalanya si suami hanyalah ingin suka suka sahaja. Malangnya, sering terjadi ia menyebabkan masjid yang dibina hancur musnah.
Berikut adalah kisah seorang wanita yang telah meng'kantoi'kan pasangannya bermain kayu tiga. Dan lihat cara unik apa yang telah dia buat. Kisah realiti yang telah berlaku di Mexico.

Setelah mengetahui suaminya curang, seorang wanita mengambil keputusan membalas dendam ketika lelaki itu sedang berpacaran dengan wanita simpanannya.

Aksi wanita itu telah dirakam ketika sedang duduk di atas bonet kereta BMW milik suaminya untuk menghalang dia memandu kereta itu bersama kekasihnya.

Polis cuba menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah mereka selepas pasangan itu bergaduh di tepi jalan raya yang sibuk.

Apabila wanita simpanan itu keluar dari kereta dan cuba meninggalkan tempat kejadian, si isteri dilihat menampar mukanya.

Rakaman kejadian itu menjadi viral selepas ia dimuat naik ke Internet.

Beberapa pengguna pula membahaskan wanita yang mana lebih cantik.

Seorang pengguna mengulas kejadian itu dengan menulis: “Lelaki itu mungkin kaya raya sehingga menjadi rebutan dua wanita.” - Agensi


Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog