BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Thursday, December 17, 2015

Peniaga kerugian hingga RM50 juta?



Peniaga-peniaga yang menjual peranti dan cecair berperisa rokok elektronik atau vape di Kelantan mengharapkan kerajaan negeri dapat memberi lebih masa kepada mereka bagi mengosongkan premis perniagaan kerana tempoh 14 hari diberikan tidak mencukupi.

Presiden Pertubuhan Peniaga Vape Melayu (PPVM) Cawangan Kelantan, Mohd Azlee Che Mohd Zaid berkata, tempoh masa itu terlalu pendek untuk peniaga melakukan kerja pengosongan selepas keputusan muktamad kerajaan negeri semalam, tidak akan mengeluarkan lesen vape kepada peniaga di Kelantan.

“Kita menjangkakan lebih 350 peniaga vape di negeri ini akan kerugian kira-kira RM50 juta jika premis mereka  ditutup selepas larangan penjualan dikuatkuasakan tahun depan.  



“Kita harap kerajaan negeri dapat memberi lebih masa kepada peniaga untuk menjual peranti dan cecair berperisa mereka kerana tempoh 14 hari yang diberikan tidak mencukupi.  


“Ini kerana modal yang digunakan untuk membuka sebuah kedai vape mencecah sehingga RM200,000. Peniaga juga perlu diberi masa mendapatkan kembali modal yang telah dilaburkan dan mencari peluang perniagaan lain selepas ini apabila perniagaan vape tidak lagi dibenarkan di Kelantan," katanya kepada pemberita sebelum menyerahkan satu memorandum berhubung perkara berkenaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood di Kompleks Kota Darul Naim, di sini.

Memorandum itu diserahkan kepada kerajaan negeri bagi membela nasib peniaga vape di Kelantan  supaya dapat memanjangkan tempoh diberikan berikutan peniaga terbabit terpaksa menutup perniagaan serta-merta.

Baca Juga : Musnahnya Sebuah Harapan Peniaga-peniaga Vape


1 comment :

  1. Negeri KeDua Larang - Syabbas Keantan.. Negeri2 lain Mana Pi.. ???

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog