BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Monday, December 14, 2015

Siti Nordiana bawa pulang RM100,000 setelah menjuarai Gegar Vaganza 2


Penyanyi Siti Nordiana atau lebih dikenali dengan panggilan Nana telah berjaya menjuarai pertandingan akhir program Gegar Vaganza musim kedua yang diadakan secara langsung di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini pada Ahad.


Nana telah menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Farahdhiya, Nassier Wahab, Haiza, Acong Sweet Child dan Ezad Lazim sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, pakej percutian, trofi dan peluang rakaman sebuah single terbaru terbitan Astro.

Beliau telah memberikan persembahan mantap membawakan lagu Putus Terpaksa, nyanyian asal Ziana Zain dan lagu battle Awak Kat Mana yang dinyanyikan secara duet dengan Acong.

Siti Nordiana turut memenangi anugerah Persembahan Terbaik pilihan penonton yang melayakkannya menerima wang tunai RM5,000.

Tempat kedua telah dimenangi Farahdhiya dengan menerima habuan wang tunai sebanyak RM50,000 manakala Ezad di tempat ketiga dengan ganjaran wang tunai RM30,000. Kemenangan Faradhiya ini telah menimbulkan kontroversi kerana ramai penonton yang tidak berpuashati.

Tempat keempat dimenangi oleh Nassier yang menerima wang tunai sebanyak RM15,000 dan tempat kelima dimenangi Acong membawa pulang RM10,000.

Walaupun berada di tempat akhir, Haiza tetap membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000. Kesemua peserta turut menerima trofi masing-masing.

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog