BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Monday, December 7, 2015

Turunkan Najib atau Jadi Pengemis Di Negara Sendiri - Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sepatutnya ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma, bukan pengkritik 1MDB. 
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perhatian malam ini, pada satu sesi khas menjelang Perhimpunan Agung Umno minggu ini, setelah Muhyiddin selaku timbalan presiden parti dinafikan ruang bercakap susulan perselisihan beliau dengan presiden Datuk Seri Najib Razak.
Muhyiddin mencadangkan pada perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur itu, tiba masanya tempoh pegangan jawatan seseorang presiden dihadkan.
Beliau juga menggesa Najib untuk “berehat seketika” daripada tugas sebagai perdana menteri sementara menunggu siasatan terhadap skandal kewangan yang didakwa membabitkan beliau selesai.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata, beliau mahu menghadiri Perhimpunan Agung Umno itu bagi memastikan sama ada akaun parti mengambil kira wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib, memandangkan ia dikatakan sumbangan derma politik.
Dr Mahathir juga memberitahu hadirin supaya menolak Najib atau berdepan risiko menjadi “pengemis di negara sendiri”.
Acara malam ini menyaksikan kehadiran begitu ramai orang yang bersesak memenuhi dewan dan melimpah keluar hingga ke atas jalan.


Ramai yang bersorak setiap kali Muhyiddin dan Dr Mahathir menyeru Najib supaya bertanggungjawab ke atas skandal yang didakwa melibatkan firma pelaburan milik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan wang RM2.6 bilion itu.
Tindakan Muhyiddin menggunakan platform alternatif malam ini diambil selepas Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan tidak dibenar merasmikan pembukaan perhimpunan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri, membuatkan beliau tidak dapat bercakap langsung kepada perwakilan yang hadir.
Sementara itu, Dr Mahathir yang dulunya menyokong Najib, kini merupakan pengkritik tegar perdana menteri kerana isu yang sama. .

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog