BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Tuesday, January 26, 2016

Pembohongan seorang wanita 'alim' akhirnya terbongkar


Seorang wanita tiba-tiba bertukar 'alim' dengan sanggup menggunakan nama Allah dan turut beristighfar demi mahu meyakinkan penguat kuasa bahawa dia telah menyerahkan kad pengenalannya ketika diminta pegawai pemeriksaan dalam satu operasi bersepadu di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya di sini, kelmarin. 

Wanita berusia 41 tahun bersama rakannya berumur 37 tahun itu mendakwa telah menyerahkan kad pengenalan kepada seorang lelaki bertopi dan sempat mengenyit mata kepada mereka ketika kad identiti tersebut diserahkan.

“Demi Allah, tadi I dah bagi”

Itu antara ayat yang diulang-ulang wanita yang berpakaian menjolok mata berwarna hitam ketika ditanya anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kesihatan negeri ketika ujian saringan awal urin dan HIV dilakukan kepada dia dan rakannya dalam operasi bersepadu bersama pelbagai agensi dilaksanakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kira- kira jam 2.45 pagi.

Pembohongan terbongkar kira-kira setengah jam apabila anggota penguat kuasa dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Imigresen negeri menjumpai kad pengenalan di dalam beg tangan kedua-dua wanita berkenaan. 

Kad tersebut ditemui selepas pemeriksaan kali kedua di sebalik duit kertas berlipat pada poket kecil berzip dalam beg wanita berusia 41 tahun dan ditindih dengan kad-kad lain di dalam beg kecil yang terdapat di dalam beg tangan wanita berusia 37 tahun itu.

Kedua-dua wanita yang masing- masing berasal dari Merlimau dan  dan Banda Hilir itu juga menunjukkan muka selamba seolah- olah tiada rasa bersalah menipu penguat kuasa yang mula bengang dengan sikap mereka apabila pembohongan terbongkar.

Terdahulu, kedua-dua wanita tersebut didapati tiada jangkitan HIV dan tidak dipengaruhi dadah selepas pemeriksaan darah dan ujian saringan awal urin terhadap mereka negatif.

Bagaimanapun, mereka dikenakan tindakan oleh anggota penguat kuasa JAIM kerana didapati berkelakuan dan berpakaian tidak sopan di khalayak mengikut Seksyen 71 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Rahimin Bani berkata, dua wanita berkenaan antara tujuh yang diberi surat perintah hadir ke pejabat JAIM untuk siasatan lanjut dan dokumentasi.

“Kesemua wanita berusia 21 hingga 41 tahun telah didapati memakai pakai tidak sopan ketika pemeriksaan dijalankan di dua buah pusat hiburan di Taman Melaka Raya, semalam (kelmarin).



[IKLANEKA]
Ubat mujarab masalah period tidak teratur
Cara putihkan gigi dengan mudah dan pantas
Inilah punca wanita suka dengan skirt labuh
Tawaran hebat untuk wanita nak kurus - Diskaun 50%
Dapatkan skirt labuh cantik disini.. sesuai untuk muslimah!
Hilangkan kesan jerawat tanpa kimia

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog