BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Wednesday, February 3, 2016

Selepas Cuba Bertahan, Akhirnya Mukhriz Umum Lepas Jawatan MB Kedah

Setelah lebihkurang dua minggu cuba mempertahankan kerusinya, akhirnya Krisis Menteri Besar Kedah hampir ke penghujungnya apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan beliau akan berundur dari jawatan tersebut.


Mukhriz mengumumkan pengunduran tersebut berkuat kuasa serta-merta dan diumumkan secara rasmi menerusi satu sidang media sebentar tadi


Katanya, beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.

"Saya dimaklumkan saya hilang sokongan majoriti oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam," katanya dalam sidang media di Wisma Darul Aman di sini.


Adun Ayer Hitam tu juga mengesahkan perletakkan semua jawatannya dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).


Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukannya sebagai Pengerusi Umno Kedah.

Mukhriz berkata, beliau akan tetap setia kepada Umno walaupun kini tidak mempunyai sebarang jawatan.



Mukhriz turut melafazkan ikrar taat setia, yang tidak berbelah bahagi kepada Sultan Kedah, Tunku Temenggong Kedah yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, dan Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Difahamkan, Mukhriz terpaksa berbuat demikian selepas Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati bahawa Adun Ayer Hitam itu telah hilang kepercayaan daripada majoriti Adun negeri itu.


Istiadat angkat sumpah Menteri Besar akan diadakan pada Khamis ini. Sumber
[IKLANEKA]
Ubat mujarab masalah period tidak teratur
Cara putihkan gigi dengan mudah dan pantas
Inilah punca wanita suka dengan skirt labuh
Tawaran hebat untuk wanita nak kurus - Diskaun 50%
Dapatkan skirt labuh cantik disini.. sesuai untuk muslimah!
Hilangkan kesan jerawat tanpa kimia

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog