BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Saturday, November 19, 2016

"Apa yang dikatakan Jamal itu mengarut" - Harris



AMPANG - Timbalan Ketua AMK Ampang, Harris Idaham mengakui bergambar dengan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos seperti diviralkan di media sosial.

Bagaimanapun, Harris menafikan dakwaan Jamal bahawa beliau serta dua lagi pemuda di dalam gambar tersebut sudah 'insaf' dan tidak akan menyertai himpunan Bersih 5, Sabtu ini.

"Apa yang dikatakan Jamal itu mengarut. Kami bertiga akan tetap turun pada Bersih 5 dan meneruskan perjuangan reformasi ini," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Sebelum ini, tersebar gambar tiga pemuda berpakaian baju T Bersih 5 bersama Jamal yang menimbulkan persoalan ramai.

Jamal dilaporkan berkata, beliau berjumpa dengan tiga pemuda tersebut ketika singgah di sebuah masjid di sini dan berjaya menasihatkan mereka agar tidak menyertai Bersih 5.

"Saya menasihati mereka, dan mereka diselamatkan Tuhan dan bertaubat daripada menyertai Bersih,” kata Jamal seperti dipetik media.

Menurut Harris, beliau bergambar dengan Jamal hanya sebagai tanda kenang-kenangan.

"Kebetulan kami berjumpa dan ada berborak sekejap. Kemudian kami ambil gambar, saya rasa tiada masalah pun.

"Saya juga ada nasihatkan Jamal agar tidak meneruskan usaha membuat kacau di Ampang. Pertemuan kami itu berlangsung sebelum insiden beliau ditumbuk di hidung," katanya.

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog