BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Saturday, November 19, 2016

Jangan terkejut jika Tun Mahathir sertai Bersih 5




KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan apabila beliau dijangka akan turun dalam perhimpunan Bersih 5, hari ini.

Ini berikutan tersebarnya gambar beliau tiba di lapangan terbang yang tidak diketahui lokasinya.

Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut berkongsi gambar tersebut di laman Facebooknya.

[BACA JUGA: Jangan terkejut dengan apa yang Tun M bakal lakukan]

Dalam kapsyen pada gambar itu, Syed Saddiq menulis bahawa Mahathir bergegas dari mesyuarat di Sudan untuk menyertai Bersih 5.

Mahathir sebelum ini berada di Sudan atas jemputan rasmi sebuah universiti di sana.

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog