BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Wednesday, November 25, 2015

Dalang? Kenyataan tak berasas langsung...


Dakwaan mengatakan pemimpin akar umbi Umno yang secara terbuka menggesa pengunduran Datuk Seri Najib Tun Razak didalangi pihak tertentu disanggah kumpulan dari Johor.
Jurucakap 62 ketua cawangan Umno Johor itu menafikan pihaknya dibiayai supaya menggesa Najib berundur daripada jawatan nombor satu itu.
"Yang mengatakan kami didalangi mana-mana pihak dan dibiayai adalah kenyataan tak berasas dan tak bertanggungjawab.
"Kita perjuangkan atas nawaitu kita sendiri," ujar Zairuddin Hamid yang juga ketua Umno cawangan Bandar Pulai Jaya 2.
Terdahulu pada sidang media sama, Zairuddin turut mendesak Najib supaya meletakkan jawatan kerana melakukan banyak 'kerosakan' pada parti.
“Bersuaranya kami bukanlah ingin mencari publisiti murahan atau meletakkan parti tercinta ini dalam situasi yang merumitkan tetapi adalah kerana rasa ikhlas dan tanggungjawab bagi menyelamatkan parti.
“Kami tidak rela melihat ia (Umno) menjadi mangsa keadaan pihak tertentu yang akhirnya akan menjadi bahan ejekan sepanjang zaman," katanya pada sidang media di Pusat Sukan Skudai, di sini, malam tadi.
Selain Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam berkata, beliau dapat 'menghidu bau' dalang yang cuba mempergunakan pemimpin akar umbi untuk menjejaskan kepimpinan parti itu.
Sebelum ini ratusan ketua cawangan dari beberapa negeri turut menzahirkan hasrat sama mahu Najib yang juga Perdana Menteri berundur daripada jawatan Presiden Umno. 

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog