BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Wednesday, November 25, 2015

Emma Maembong kesal isu alat ujian kehamilan kecoh


Pelakon, Emma Maembong atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 23, menjelaskan beliau berkongsi perkhabaran gembira kakaknya, Yaya yang kini hamil lima bulan. Beliau tidak menyangka perkara ini dimanipulasi oleh sesetengah pihak sehingga timbul kontroversi beliau mengandung. 

"Saya tidak faham bagaimana isu ini boleh menjadi hangat secara tiba-tiba kerana ia berlaku lima bulan lalu. Tujuan saya bercerita adalah untuk berkongsi khabar gembira Yaya sudah hamil. Tidak sangka nama saya pula terpalit dengan kontroversi ini."

"Saya memilih untuk tidak bercerita lebih lanjut supaya perkara ini tidak lagi dipanjangkan dan bagi mengelakkan salah faham. Tidak sangka perkara kecil boleh dimanipulasi oleh sesetengah pihak sehingga timbul cerita saya mengandung pula."

 "Perkongsian itu adalah atas dasar perbualan antara saya dan teman media, tidak sangka timbul pula cerita mengenai situasi saya ketika membeli alat menguji kehamilan itu," kata Emma.

BH

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog