BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Saturday, November 21, 2015

Gadis dijumpai mati di rumah bekas kekasih



Seorang gadis berusia 19 tahun dijumpai mati dengan kesan bengkak pada muka dan luka di bahagian betis di sebuah pangsapuri di Cheras Utama, Cheras pada Jumaat.

Mayat mangsa ditemui di salah sebuah bilik dalam keadaan terlentang di atas lantai kira-kira 5.10 petang oleh anggota Polis yang tiba di pangsapuri berkenaan setelah menerima maklumat.



Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata mangsa sebelum ini tinggal bersama bekas teman lelakinya di rumah berkenaan namun keluar dari rumah Oktober lepas kerana berlaku perselisihan faham.



Katanya siasatan awal mendapati mangsa kemudian pulang ke rumah lelaki itu pada Rabu lalu dalam keadaan bengkak di bahagian muka dan badan selain terdapat luka di kedua-dua belah betis.


"Lelaki berkenaan ingin membawa mangsa ke hospital, tetapi mangsa enggan dan menyatakan bahawa dia telah dikejar dan dipukul oleh teman lelakinya yang baharu," katanya.

Sumber: Awani

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog