BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Sunday, November 22, 2015

Mahfuz akui masih lagi ahli Pas


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menegaskan bahawa beliau masih ahli Pas dan tidak menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) seperti yang hangat diperkatakan pada masa kini.

Beliau berkata, penyertaannya dalam banyak program anjuran Pakatan Harapan di Kedah adalah atas dasar rakan seperjuangan.

“Saya hadir (program Pakatan Harapan) adalah sebagai ahli parlimen kepada anjuran program yang diadakan dalam kawasan Pokok Sena.

“Ini bukan gimik untuk saya masuk Amanah, saya masih ahli Pas. Sejak sebelum PRU sampai hari ini, nak menang pun kami bersama menggerakkan usaha atas nama Pas dan DAP,” katanya selepas menghadiri program Kayuhan Gerek Anak Malaysia anjuran Pusat Komuniti Derga, di sini, semalam.

Menurutnya, kehadiran beliau dalam program anjuran DAP adalah dalam konteks pelbagai kaum dan agama, khususnya dalam kalangan generasi anak muda di Parlimen Pokok Sena.

“Saya tidak fikir kerana perbezaan ideologi politik kita harus bercanggah antara satu sama lain. Yang penting kita kena melihat soal kepentingan rakyat yang ada dalam kawasan kita,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang memfailkan saman terhadap Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (Now), Akmal Nasir berhubung isu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), beliau menyifatkan ia hak masing-masing.

“Itu adalah hak dia (Jamil Khir) untuk saman Now. Tapi sewajarnya pihak berkuasa melakukan penyiasatan terhadap Yapeim.

“Walaupun penafian dibuat dalam Parlimen, tetapi persoalannya ialah penyiasatan yang dilakukan. Sebab itu wajar bagi Jamil Khir dan dua orang berpangkat dalam jawatankuasa itu digantung tugas sementara sehingga siasatan selesai,” katanya.

Mahfuz berkata, ia bagi mengelak mereka daripada menggunakan kuasa untuk menyembunyikan dokumen dan menekan pegawai berkenaan daripada menyerahkan apa-apa dokumen kepada pihak berkuasa.

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog