BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Saturday, December 26, 2015

Hebat! Presiden Turki Berjaya Pujuk Lelaki Yang Cuba Bunuh Diri



Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan  berjaya memujuk seorang lelaki yang sedang cuba membunuh diri dari jambatan Bosporu setinggi 211 kaki yang menghubungkan kawasan Eropah dan Asia.

Kejadian selepas solat Jumaat semalam, seorang lelaki yang namanya tidak didedahkan telah cuba memanjat pagar jambatan untuk terjun, beliau telah dipujuk oleh pihak polis selama 2 jam namun tidak berjaya.

Akhirnya Edrogon bersama pengiring yang melalui kawasan tersebut telah memberhentikan kenderaan dan cuba memujuk lelaki berkenaan.



Menurut pembantu Presiden, Edrogon telah meminta pembantunya membawa lelaki tersebut ke keretanya untuk bercakap.

Pegawai yang mengikuti beliau itu terus pergi memujuk lelaki tersebut dan menyatakan bahawa presiden ingin berjumpa dengannya.

Lelaki itu yang agak terkejut telah meniti pagar jambatan untuk memastikan individu yang berada di dalam kereta tersebut adalah benar-benar Edrogan.



Selepas mengenal pasti lelaki di dalam kereta itu adalah Presiden Turki Erdogen, lelaki tersebut telah bersetuju berjumpa dengan Erdogen. Mereka dilihat berbual seketika dan akhirnya lelaki itu dilihat mencium tangan presiden.



Menurut laporan The Associated Press, lantaran tertekan dengan masalah keluarga, lelaki  tersebut cuba membunuh diri. Didalam perjumpaan singkat itu, Edrogan telah berjanji untuk untuk membantunya





Baca Kisah Rumah Bumbung Bersalib Disengajakan?

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog