BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Thursday, December 24, 2015

Bumbung Rumah Bersalib, Adakah Ini Disengajakan?


Gambar perumahan yang bumbungnya kelihatan seolah-olah bersalib dan menjadi viral di media sosial  sejak 22 Disember lalu telah mendapat kecaman ramai pihak.

Kerajaan negeri Kedah mahu supaya pemaju syarikat perumahan yang terlibat di Langkawi itu supaya memperbetulkan semula struktur bahagian bumbung rumah tersebut supaya isu tersebut tidak berpanjangan.

Exco Perumahan, Datuk Tajul Urus Mat Zain memandang serius akan perkara tersebut dan berharap agar syarikat perumahan terbabit memberi kerjasama yang sewajarnya.

Saya minta pemaju syarikat perumahan berkenaan lihat semula masalah ini supaya tidak nampak lagi bentuk seolah-olah salib pada bahagian bumbung rumah.

Saya tidak mahu ia dipanjangkan kerana ia isu sensitif melibatkan keagamaan. Pemaju perumahan harus pastikan ia dapat diperbetulkan semula,” katanya lapor Sinar Online.

Tambahnya juga, kerajaan akan memantau perkara itu dari masa ke masa.




Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog