BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Thursday, December 3, 2015

Hutang Negara Boleh Diselesaikan Jika Hapus Semua Subsidi - Ahmad Maslan


Amukan blogger, meh baca!

Jika anda ingat lagi satu ketika dulu semasa pihak pembangkang suarakan isu defisit negara ini,  apa yang pemimpin-pemimpin negara jawab? Mereka kata pembangkang fitnah, menipu dan berikan maklumat yang salah kepada orang awam. Masuk tv, masuk berita. Pongpang2 sembang kencang kutuk PR. Then bloggers2 depa pun sebarkan isu tersebut. Then penyokong2 BN kemain bangga lagi konon nya dapat tepis hujah2 dari PR. Perghhhhhh.. macam bagus ajer.. macam hujah betul ajer.. sial. Santau syasya meresap dalam badan aku plak tak pasal2.

Then selepas beberapa bulan berlalu. Eh tetiba dorang punya buat pusingan maut. Mengaku kau ada masalah defisit. Mengaku kau ekonomi akan bermasalah jika tak laksanakan gst. Mengaku la pula kenaikan minyak itu perlu untuk mengimbangi masalah defisit negara. Kena kurangkan subsidi atas nasihat agensi kewangan luar yang melihat rating hutang Malaysia semakin tinggi dari hari ke hari.

Ah! sudahlah.

Bila orang bagi hujah baik-baik serta bukti baik-baik dan orang minta bincang supaya sama-sama dapat selesaikan masalah baik-baik dalam parlimen, korang tak mahu mengaku. Kata pembangkang fitnah. Akhirnya mengaku pula yang negara mengalami masalah defisit?. 

Yang paling melampau tu masih lagi enggan mengakui masalah defisit berpunca dari perbelanjaan tidak berhemah oleh kakitangan kerajaan. Agensi-agensi kerajaan cuai, lalai dan boros. Nak salahkan rakyat bab subsidi. Hoi Ahmad Maslan, setahun aje BN turun sebagai kerajaan, negara ini boleh settle macam2 masalah yang korang buat. Ini bukan cakap kosong. Korang hanya perlu turun dari kedudukan sekarang. Aku cabar ni! Aku cabar. Ikhlas aku cakap. Tolonglah turun dan tengok bagaimana rakyat melantik orang yang bijak dan betul mentadbir negara.. korang tue bukan lantikkan rakyat. Korang lantik diri sendiri dan rakyat terpaksa terima walaupun tak rela.. kalau tidak kerana pilihan nya antara mati kena naya atau hidup kena tindas, korang dah lama kami beramboskan.. fikir2kanla ek.. 

BTW, aku nak bagitau sikit kat Ahmad Maslan, untuk semua kemudahan yang menteri-menteri terima hari ni, elaun la tol la, minyak dan sebagainya. Itu juga merupakan salah satu bentuk subsidi tau. Tolong hapuskan tu dulu. Aku rasa elok korang pergi kerja naik bas, bayar tol sendiri, minyak sendiri lepas tu aku nak tengok sejauh mana korang berani lagi berlagak sembang kencang depan rakyat. Aku nak tengok berapa lama lagi korang berani bersikap angkuh.




'Lebih banyak subsidi akan dimansuh untuk memperkukuh fiskal negara'. Rakyat mesti bersikap terbuka, subsidi perlu dimansuh dan tidak boleh disediakan untuk jangka panjang.

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka akan mengurangkan lagi subsidi serta menghentikan pinjaman perumahan kepada kakitangan kerajaan bagi mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

Bercakap sewaktu temu bual bersama Bloomberg, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata penghapusan akan dilakukan secara berperingkat melibatkan petrol, gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak.

"Naik taraf Fitch menyentuh tentang kedudukan fiskal Malaysia dan usaha kita melaksanakan konsolidasi. Justeru kita akan teruskan usaha mengukuhkan kedudukan fiskal negara," kata Mohd Irwan.

"Akan wujud cakap-cakap, namun saya sifatkan ia hanya sementara," katanya lagi.

Pada masa sama, Mohd Irwan berkata sebuah badan berkanun akan mengambil alih pinjaman perumahan kakitangan kerajaan sekali gus meringankan beban berjumlah RM40 bilion daripada akaun kerajaan.

Mohd Irwan berkata negara memperlihatkan kesungguhan memperbaik bajet yang dibayangi hutang 1MDB.

Beliau sekali lagi menegaskan 1MDB adalah sebuah syarikat yang kukuh yang mana firma berkenaan memiliki aset mencukupi untuk membayar hutang.

Fitch Rating sebelum ini menyuarakan kebimbangan tentang kemungkinan negara memikul liabiliti kecemasan tambahan melebihi jaminan akibat 1MDB.

Namun kerajaan memberi jaminan akan menangani hutang 1MDB dengan berhemah.

Sementara itu, Presiden Dewan Perniagaan Antarabangsa Malaysia Datuk Jalilah Baba berkata pengurangan subsidi adalah langkah terbaik mengurangkan hutang kerajaan.

"Saya tidak rasa ia perlu dilakukan tahun ini, mungkin tahun depan atau akhir tahun depan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

"Rakyat mesti bersikap terbuka, subsidi perlu dimansuh dan tidak boleh disediakan untuk jangka panjang," katanya lagi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk Paul Selvaraj pula berkata pengurangan subsidi tidak sesuai dilakukan pada masa sentimen pengguna masih rapuh.

"Kita harap kerajaan membantu rakyat supaya perbelanjaan mereka kurang dari segi perumahan, pengangkutan dan penjagaan kesihatan," katanya kepada Astro AWANI.

Program rasionalisasi subsidi mula dijalankan sejak Julai 2010 bagi mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan.

" SUBSIDI PERLU DIHAPUSKAN Bagi Memperkukuh Fiskal Negara " - Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah


Awani

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog