BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Thursday, December 3, 2015

Punca Nabil Menangis Live Bila Teringatkan Yus Jambu



Rakan pelawak kepada Allahyarham Pak Yus Jambu iaitu Nabil telah menangis secara spontan apabila bercerita tentang Pak Yus Jambu.

Nabil tidak dapat menahan dari menangis ketika mula bercerita tentang pengalamannya bersama Pak Yus Jambu dan menceritakan kali terakhir berjumpa dengan arwah.

Beliau berkata kali terakhir berjumpa arwah ialah ketika di pentas GegarVaganza, yang mana ketika itu Yus Jambu datang sebagai artis jemputan. Mereka sempat berborak tentang kasut, dan Yus ingin membawa Nabil berjumpa rakannya untuk membeli kasut.

Nabil juga memberitahu, ketika dia 'down' dan patah semangat sewaktu pertandingan Maharaja Lawak Mega dulu, Yus Jambu merupakan antara sahabat yang tepuk belakangnya dan terus memberi semangat.

"Bagi saya Yus Jambu bukan sahaja pelawak, malah dia sahabat, dia saudara, dia abang, tapi kini dah tiada dah, kita rasa kehilangannya" - kata Nabil.

Nabil juga antara individu yang memandikan arwah Yus.






Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog