BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Thursday, December 10, 2015

Kelopak mata luka tercucuk dawai pagar



Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan selama beberapa minit apabila kelopak mata kanannya terluka akibat tercucuk dawai pagar rumahnya di Tanjung Rambutan, Ipoh semalam.
Wan Nur Qalesya Abdullah, 5, sebelum itu dipercayai sedang bermain di bahagian belakang rumahnya sebelum hujung dawai pagar yang terjulur keluar menembusi kelopak mata kanak-kanak itu.
Pegawai Bomba Kanan 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, Jamaludin Mohd. Amin berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar pukul 6.54 petang berhubung kejadian yang menimpa Wan Nur Qalesya.
"Kami tiba dengan sebuah jentera, sebuah ambulans Perkhidmatan Respons Perubatan Kecemasan (EMRS) dan 10 orang anggota 14 minit selepas itu. Pada awalnya kami berdepan dengan masalah ruang untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat.
"Bagaimanapun, tugasan kami selesai sepenuhnya kira-kira pukul 7.43 malam. Anggota bertugas bertindak memotong besi pagar menggunakan pemotong wayar dan memberikan rawatan kecemasan sementara kepada mangsa sementara menunggu ambulan dari hospital berhampiran," katanya ketika dihubungi hari ini. - K! ONLINE

Kosmo



Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog