BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Thursday, December 10, 2015

Janji Hadi untuk Selangor


Penyerang Selangor, Abdul Hadi Yahya menganggap tahun ini merupakan saat paling tepat untuk mencurahkan segala keri­ngat buat negeri kelahirannya kerana ini merupakan impiannya sejak remaja lagi. 
“Saya sangat berbangga dengan kejayaan pasukan apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir piala berprestij ini kerana saya telah mewakili skuad negeri Selangor da­ri pelbagai peringkat umur lagi.
Hadi berharap dia dapat melakukan sesuatu untuk pasukan dan juga berharap ia akan dapat dikenang sampai bila-bila. Justeru, beliau bertekad akan lakukan tugas dengan baik jika diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Kedah pada per­lawanan akhir di Stadium Shah Alam nanti.
“Bermain pada peringkat akhir sentiasa menjadi rebutan para pemain lebih-lebih lagi dalam saingan Piala Malaysia ini.
“Jika diberi peluang oleh jurulatih (Mehmet Durakovic) pada malam final itu nanti, saya akan berusaha mempamerkan per­mainan terbaik dan tidak mensia-siakan peluang keemasan Selangor untuk mendapatkan piala keramat yang telah lama diidamkan,” jelas bekas pemain Terengganu itu lagi.
Penyerang skuad kebangsaan itu turut menjelaskan, semangat berpasukan dalam kalangan rakan-rakan sepasukan merupakan perbezaan antara skuad Gergasi Merah itu berbanding ketika membantu pasukan Terengganu merangkul Piala FA pada tahun 2011.
“Saya dapat rasakan skuad kali ini cukup istimewa kerana kami bermain seperti satu keluarga besar dan tidak mengejar rekod individu,” 
Selangor kali terakhir menjulang trofi teragung itu pada 2005 dan yang akan berlangsung tidak lama lagi ini merupakan buruan kejuaraan ke-33 yang sudah lama tertangguh.


Kosmo

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog