BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Tuesday, December 22, 2015

Lelaki terlibat kes bakar enam kereta di Taman Jaya didakwa di mahkamah



Seorang lelaki berusia lewat 20-an yang dipercayai menyebabkan kebakaran di Taman Jaya berhampiran stesen LRT Petaling Jaya pada Isnin akan didakwa di mahkamah hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din yang mengesahkan perkara itu juga berkata bahawa tindakan lelaki yang telah ditahan semalam itu berkemungkinan berpunca daripada rentetan masalah rumah tangga.

Dalam siasatan awal, polis mendapati seorang lelaki bermotosikal menghampiri sebuah kereta yang diletakkan di kawasan letak kereta itu sebelum bertindak membaling botol berisi petrol yang dinyalakan api ke arah tempat duduk belakang kenderaan berkenaan.

Seorang lelaki dan wanita, kedua-duanya berusia 20-an, yang berada dalam kereta itu bagaimanapun sempat menyelamatkan diri.

Menurut Mohd Zani, wanita berkenaan mengenali suspek dan mereka dipercayai mempunyai masalah rumah tangga dan dalam proses perceraian.


Dalam kejadian sekitar jam 12.50 tengah hari Isnin, enam kereta terbakar dengan dua daripadanya iaitu  Toyota Vios dan Proton Wira dilapor musnah sepenuhnya.

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog