BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Tuesday, December 22, 2015

Rakyat Malaysia bakal hidup merempat satu hari nanti?


Mustahil sangatkah untuk rakyat Malaysia jadi seperti mereka satu hari nanti?


Pelbagai isu yang melanda negara sepanjang tahun 2015 ini telah memberi kesan kepada kebanyakan rakyat Malaysia.


Bermula dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April, diikuti dengan kenaikan kadar tol di beberapa buah lebuh raya dan kenaikan tambang pengangkutan awam, ramai yang merungut kerana tekanan untuk berbelanja lebih besar terpaksa diharungi.

Walaupun GST diwar-warkan tidak akan berlaku kenaikan harga, malangnya apa yang dialami pengguna sangat berbeza.

Ada yang terpaksa berbelanja lebih dan ada juga yang terpaksa mengikat perut seharian berikutan beberapa perubahan harga barang.



Kenaikan kadar tol baru-baru ini pula memaksa ramai memotong peruntukan simpanan bulanan, selain tidak dapat menikmati hasil titik peluh sendiri secara total.


Dan ketika masyarakat masih mempersoalkan kenaikan tol, tambang pengangkutan awam pula dinaikkan dengan kadar yang tidak masuk akal.

Malah ia turut mendapat teguran Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, yang nyata kesal dengan langkah tersebut

Hakikatnya, semua yang berlaku mengundang rasa kecewa rakyat yang merasa sangat terbeban dengan sara hidup di negara ini yang jelas semakin meningkat.

Ramai yang terpaksa melakukan dua pekerjaan, demi meneruskan kelangsungan hidup, terutama mereka yang menetap dan bekerja di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Ada yang memilih membuka perniagaan atas talian secara kecil-kecilan, selain kerja-kerja pada hujung minggu seperti mengajar kelas tuisyen atau pembantu kedai.
Ia pada asasnya, gambaran betapa rakyat sangat tertekan untuk mencari pendapatan lebih, bukan untuk berseronok, tetapi lebih kepada untuk memenuhi keperluan.




Awani

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog