BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Tuesday, December 22, 2015

Lihat 3 Wajah Billionaire Dunia!


Sesetengah orang mengatakan wang bukan segala-galanya. Kita sangka bahawa mereka pastinya tidak mempunyai banyak perkara yang perlu dibimbangkan. 

Namun, ada persoalan yang sukar untuk dijawab. Jika benar orang-orang yang kaya itu adalah sama seperti kita, maka kenapa mereka boleh kaya dan kita tidak? 

Apakah perkara yang berbeza yang mereka lakukan hingga menyebabkan mereka kaya-raya hari ini? Kalau nak tahu, jom kita lihat siapa mereka.

3. Warren Buffett


Warren Buffett adalah orang ketiga terkaya di dunia dan nilai kekayaannya lebih daripada USD72 bilion.Beliau adalah pengerusi yang 'bekerja' dan Ketua Pegawai Eksekutif Berkshire Hathaway dan sangat dihormati, serta lelaki yang kaya dengan usaha sendiri. Pada usia 15, beliau telah secara aktif membuat lebih USD175 sebulan dalam saham semata-mata. Itu pada tahun 1940-an. Nilai itu pada hari ini lebih kurang USD2000 sebulan selepas infllasi diambil kira.

Ketika remaja, Buffett dan rakannya membeli sebuah mesin pinball dan meletakkannya di kedai gunting rambut di bandar mereka. Tidak lama selepas itu, beliau dan rakannya berjaya dan mendapat cukup wang untuk membeli lebih banyak mesin pinball dan meletakkannya di lebih banyak kedai.

Tindakan yang pantas dan sifat rajin telah mendorong beliau untuk membuka syarikat sendiri dan firma pelaburan. Buffett kini bernilai berbilion-bilion dolar dan merupakan satu bukti kepada konsep bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi kaya jika mereka meletakkan minda mereka kepadanya. 

Buffett juga memberikan nasihat dengan kerap dan antaranya ialah:


"Peluang besar dalam kehidupan perlu diambil.  Kita tidak perlu lakukan banyak perkara, tetapi apabila kita mendapat peluang yang baik dan sesuatu yang besar, kita perlu lakukannya."


2. Carlos Slim Helu





Pada usia muda berumur 11 tahun, Slim pergi ke sebuah bank popular Mexico dan melaburkan ke dalam bon simpanan biasa dengan faedah berkompaun. Setahun kemudian, dia melabur dalam stok sendiri di bank Mexico.




Sebagai seorang pemuda, Slim pergi ke kolej dan memperoleh BA dalam bidang kejuruteraan. Tetapi cintanya pada nombor (wang) menghalangnya daripada meneruskannya. 

Pada tahun 1961, Slim mula bekerja dalam syarikat saham dan bekerja kuat dengan waktu yang sangat, sangat panjang setiap hari. Ia berhasil: dalam tempoh empat tahun, pelaburan beliau telah berganda menjadi USD400,000 - iaitu lebih USD3juta nilainya hari ini. 

Dua tahun kemudian pelaburannya telah berganda menjadi hampir sepuluh kali ganda.

Ironinya, Slim adalah seorang lelaki yang sangat 'low profile' dan sangat baik. Dia berkongsi kekayaan dan keuntungan bersihnya dengan keluarganya dan membelanjakannya dengan berhati-hati. Slim adalah bukti kepada pentingnya menjaga nilai-nilai keluarga dan sentiasa ingat asal usulnya.

"Jika anda cukup bijak - anda boleh menjadi jutawan."


1. Bill Gates



Bill Gates pada masa ini orang yang paling kaya di dunia dan bernilai USD79.2 bilion.Tidak seperti yang lain, diketahui umum bahawa Gates telah menjadi kaya hasil daripada hasil ciptaannya: Microsoft.

Gates telah diajar dari kecil lagi untuk bersaing dan 'akibat' melakukannya. Inilah yang diamalkannya sehingga kini dalam perniagaannya. 

Hasil pembelajarannya itu, beliau telah berjaya menyelia penciptaan Microsoft Windows sebagai aplikasi praktikal pengkomputeran.

Maaf, PM Najib tidak tersenarai di sini!




Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog