BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Thursday, December 10, 2015

Punca Farahdhiya Nyaris Tarik Diri



Peserta Gegar Vaganza musim kedua (GV2) iaitu penyanyi berdarah kacukan Melayu-Inggeris, Farahdhiya Mohd. Amin sepanjang tujuh konsert mingguan memang handal sehinggalah sesuatu terjadi pada peringkat separuh akhir minggu lalu.
Penyanyi berusia 31 tahun itu mampu membawakan pelbagai genre sehingga memukau hati juru serta peminat dan sering menduduki kelompok tiga terbaik. 
Tetapi Ahad lalu, persembahan Farahdhiya dikatakan yang paling teruk sepanjang pertandingan hingga jatuh ke tangga kedua tercorot.
"Terus terang saya cakap, jika bukan kerana Datuk Ramli MS (juri tetap) yang memujuk, mungkin saya sudah menarik diri sebelum bertanding. "
"Sebenarnya sejak persembahan minggu lalu, saya kerap batuk dan tekak terasa gatal. Saya sudah pergi berjumpa dua orang pakar dan berhabis banyak wang kerana mahu mengelakkan keadaan menjadi teruk. "
"Sehari sebelum pertandingan, suara saya semakin pulih dan saya sudah yakin boleh menyanyi dengan baik. Tetapi dugaan berlaku, pada pagi hari persembahan, suara saya hilang terus dan langsung tidak boleh menyanyi."
Keadaan itu menyebabkan beliau tidak mahu bertanding kerana suaranya tidak mencapai nada yang ditetapkan dan berasa ia hanya akan memalukan dirinya sendiri.
"Sewaktu menjalani sesi latihan terakhir kira-kira pukul 5 petang (Ahad lalu), saya sudah hilang keyakinan diri dan berasa tidak bersedia untuk bertanding. Saya ada memberitahu Ramli, jika memang tiada apa yang boleh dilakukan, lebih baik saya tarik diri sahaja. Tetapi dia menegah dan berkata akan mengubah sedikit susunan lagu mengikut kemampuan suara saya pada ketika itu. Pada mulanya saya risau lagu akan kedengaran sumbang, tetapi Ramli berkata tidak mengapa, sekurang-kurangnya orang tahu tekak saya sakit."
"Saya tidak terkejut kerana berdasarkan apa yang dipersembahkan pada malam itu, ia bukan yang terbaik pernah saya lakukan. Saya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan, kerana apa yang penting saya telah cuba sedaya upaya."
Kedudukan tercorot milik penyanyi Azian Mazwan Safwan menyebabkannya terkeluar dari pertandingan.

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog