BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Thursday, December 10, 2015

Segala tambang naik, nak suruh rakyat jalan kaki? - Khairy



KUALA LUMPUR
: Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa kerajaan agar menghentikan segala kenaikan kos yang berlaku ketika ini.

Dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan rakyat sudah tidak boleh menerima lagi pelbagai kenaikan harga yang membebankan kos sara hidup mereka.

"Pemuda mahu kerajaan hentikan segala kenaikan selepas ini."

"Enough is enough," kata Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Belia dan Sukan.

Tambahnya, Pemuda UMNO juga membantah apa jua kenaikan tol selepas ini baik untuk dua lebuh raya antara bandar ini, mahupun mana-mana lebuh raya sekalipun. 

"Selama ini bila tol naik, kita minta anak muda guna pengangkutan awam. Tapi sekarang, lepas kita naikkan harga tol, tambang komuter, tambang ERL, segala-gala tambang pun naik juga."

"Apa lagi pilihan yang ada pada rakyat, nak suruh mereka jalan kaki?" soal Khairy Jamaluddin.


Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog