BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Friday, December 11, 2015

Suspek culik dan bunuh ditahan


Polis berjaya menahan lima suspek warga Myanmar dipercayai terlibat kes culik dan bunuh dua warga Bangladesh di Genting Highlands, Pahang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek warga Myanmar itu dipercayai menculik mangsa untuk mendapatkan wang tebusan.

"Selepas suspek gagal mendapat wang tersebut, mangsa di bawa jauh ke dalam hutan di Genting Highlands.

"Mangsa kemudiannya dibunuh sebelum dicampakan ke dalam gaung di Genting Highlands. Motif dipercayai untuk mendapatkan wang tebusan," katanya pada sidang media sempena majlis penutupan latihan keselamatan dan kebakaran di Bukit Aman, hari ini.

Katanya, polis juga sudah menemui mayat kedua-dua mangsa.

Difahamkan satu sidang akhbar akan diadakan hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong oleh Ketua Polis Pahang bagi memperincikan kes tersebut.

Sinar

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog