BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Friday, December 11, 2015

Bekas Menteri Besar bidas Najib kerana...



"Kalau tidak ada GST, kita tidak akan ada GST (cukai barang dan perkhidmatan), harga-harga barangan, tol, minyak tidak akan naik,"

"Tanpa 1MDB, negara tidak akan dibebani dengan pelbagai masalah seperti sekarang"

Itu antara perkataan yang dikeluarkan oleh bekas Menteri Besar Kedah ketika membidas  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tan Sri Sanusi Junid membidas Najib kerana gagal mengawal beban rakyat ketika hadir di sesi dialog bersama beliau anjuran Ketua Cawangan Badlishah, Kedah, Anuar Abdul Hamid di Shah Alam.

Katanya, negara kini terpaksa menanggung pelbagai kenaikan kerana pemimpin negara itu mengawal keinginan nafsunya.

"Orang-orang yang berada di sekelilingnya (Najib) sama sepertinya," katanya sambil menamakan beberapa individu yang dikenali oleh masyarakat negara ini.

Menurut Sanusi lagi, orang-orang seperti itu mempunyai dua masalah utama iaitu kegagalan mengawal nafsu dan sifat gila duit.

Beliau juga turut membidas Najib atas kegagalan pemimpin negara itu mentadbir badan pelaburan kerajaan, 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Sinar

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog