BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Tuesday, January 26, 2016

Najib tidak bersalah, keputusan sudah dijangka

Ramai pihak mengatakan keputusan yang diumum oleh Peguam Negara hari ini sudah pun dijangka. Bagaimanapun, jika diteliti ada sedikit percanggahan tentang jumlah derma yang diterima oleh Najib daripada kerabat diraja Arab Saudi iaitu RM2.08 bilion berbanding nilai yang didakwa RM2.6 bilion sebelum ini, kurang RM520 juta.


Peguam Negara mendapati tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkait tiga kertas siasatan melibatkan dana RM2.6 bilion dan kes SRC International yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam satu sidang media hari ini berkata, dalam kes siasatan dana berjumlah RM2.6 bilion, beliau berpuas hati dengan keterangan saksi dan dokumen berkaitan dikemukakan SPRM menunjukkan dana berjumlah RM2.08 bilion yang dimasukkan ke akaun Najib merupakan sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Manakala, katanya, siasatan berkaitan SRC International di bawah Akta SPRM 2009 mendapati tiada keterangan menunjukkan Najib menyalahgunakan kedudukan beliau semasa mesyuarat Jemaah Menteri yang memberi kelulusan jaminan kepada wang pinjaman RM4 bilion oleh SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

Sementara itu, siasatan di bawah Kanun Keseksaan mendapati tiada keterangan yang boleh menunjukkan Najib mengetahui dan/atau dimaklumkan terdapat kemasukan wang dari akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau.

[IKLANEKA]
Ubat mujarab masalah period tidak teratur
Cara putihkan gigi dengan mudah dan pantas
Inilah punca wanita suka dengan skirt labuh
Tawaran hebat untuk wanita nak kurus - Diskaun 50%
Dapatkan skirt labuh cantik disini.. sesuai untuk muslimah!
Hilangkan kesan jerawat tanpa kimia

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog