BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Saturday, November 19, 2016

Bersih 5 - 12 orang sudah pun ditangkap


Polis sudah pun menangkap 12 individu berikutan Perhimpunan Bersih 5.0 yang diadakan di ibu kota hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, tangkapan ke atas semua individu itu adalah bertujuan untuk mencegah berlakunya rusuhan, mengugat keamanaan dan ketenteraman awam pada Perhimpunan Bersih 5.0.

"Kita menangkap mereka di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor," katanya.

Beliau berkata, antara individu yang ditahan adalah Ronnie Liu, Mandeep Singh, Muhammad Luqman Nul Hakim Zul Razali, S Arutchelvan, Wong Che Wai@Jimmy Wong, Lee Khai Meng, Anis Syafiqah Md Yusof, Hairol Nizam Md Nor, Razali Zakaria dan Muhamad Safwan Anang.

"Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147/511 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata polis turut menahan, Anthony Loke Siew Fook di sebuah hotel di KL Sentral.

"Beliau sebelum ini ditahan di sekitar Seremban bersabit Perhimpuan Bersih, beliau disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan," katanya.

Beliau berkata, polis juga telah membuat serbuan di pejabat Bersih 2.0 di Petaling Jaya.

"Kita turut membuat tangkapan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

"Siasatan dijalankan berikutan pendedahan media berhubung beberapa individu daripada badan bukan kerajaan yang dipercayai menerima sumbangan dana asing serta dikenalpasti mempunyai hubungan dengan Open Society Foundation," katanya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 124 C Kanun Keseksaan (cubaan melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

"Polis juga turut menahan dua pemimpin baju merah iaitu Datuk Seri Jamal Md Yunos dan Ariffin Abu Bakar bagi membantu siasatan Himpuan Bersih di Ampang, sebelum ini.

"Kedua-dua individu itu disiasat mengikut Seksyen 142 Kanun Keseksaan (menjadi seorang anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang, kes itu disiasat oleh polis kontinjen Selangor," katanya.

Katanya, kesemua tangkapan itu akan direman mengikut 117 Kanun Prosedur Jenayah.

"Kita masih lagi mengesan beberapa individu bersabit Perhimpunan Bersih 5.0 ini," katanya.

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog