BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Friday, December 11, 2015

Kejam - Remaja dirogol, ditembak, dibuang dalam telaga


Gambar Hiasan
MEMANG KEJAM dan tidak berhati perut. Manusia bertopengkan syaitan. Mungkin ada perkataan yang lebih sesuai untuk penjenayah kejam ini.

Seorang remaja diculik dan dirogol berkali-kali, kemudian ditembak di dada dan dibuang di dalam telaga sedalam 30kaki berjaya diselamatkan dan akan membawa penyerangnya ke muka pengadilan.



Poonam (bukan nama sebenar) berusia 15 tahun diculik ketika dalam perjalanan untuk membeli kad prabayar pada November 22, sekitar jam 5 petang waktu tempatan. Kejadian berlaku di wilayah Uttar Pradesh - India.

Dia dibawa ke sebuah rumah ladang terpencil yang terletak di perkampungan Salempur Gurjar.

Tiga suspek, dua daripada mereka dipercayai bawah umur mengurung remaja berkenaan selama dua minggu dan merogolnya setiap kali mereka membawa makanan kepadanya, kata remaja berkenaan kepada polis.

Selepas dua minggu dikurung, suspek berkenaan memberitahunya akan membebaskan dan dia dibawa menaiki sebuah kereta.

Poonam cuba untuk melarikan diri ketika suspek berhenti untuk minum air, namun cubaannya gagal dan dia ditembak sebanyak dua kali di bahagian dada. Kerana menyangka gadis berkenaan telah mati, mereka kemudian membuangnya ke dalam sebuah telaga kering di perkampungan Tughalpur.

Seorang penduduk kampung,Babbal Bhati memberitahu Times of India, dia terdengar jeritan meminta tolong lalu menyelamatkan gadis berkenaan yang dalam keadaan berdarah dan menangis dengan menggunakan tali. Dia kemudian dihantar ke sebuah hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Selepas tersedar dari koma,mangsa menceritakan kejadian sebenar dan ketiga-tiga suspek berjaya ditahan pihak polis.

Mangsa terselamat walau ditembak dari jarak dekat kerana peluru tidak terkena pada organ pentingnya.


Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog