BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Friday, December 11, 2015

Tiket laris macam pisang hangat


Macam pisang HANGAT -  31,000 keping tiket untuk setiap pasukan final Piala Malaysia Selangor melawan Kedah habis dijual kurang dua jam sebaik kaunter tiket dibuka pada 10 pagi di kedua-dua negeri.

Sebahagian besar penyokong Selangor yang tiba seawal 8 pagi terpaksa pulang hampa hingga ada yang marah , namun berjaya diredakan oleh anggota keselamatan yang bertugas.

Ada yang mendakwa jualan tiket "berat sebelah" kerana tiket turut dijual kepada penyokong Kedah yang bekerja di Selangor dan mahu FAS mengubah sistem penjualan tiket termasuk memeriksa kad pengenalan pembeli pada masa akan datang.   

Dalam pada itu, Penolong Setiausaha FAS, Raja Restam Azhar Raja Jaafar menafikan dakwaan segelintir penyokong Selangor bahawa pihaknya hanya membuka beberapa buah kaunter tiket di Stadium Shah Alam.

"Kita membuka hampir 21 kaunter dan setiap pembeli dibenarkan membeli maksimum lima keping. Kita memulakan penjualan tiket tepat pada pukul 10 pagi dan kaunter tiket ditutup pada pukul 11.40 pagi kerana kesemua 31,000 keping tiket yang diperuntukkan kepada kita sudah habis dijual," katanya.

Di ALOR SETAR pula, sejumlah 31,000 keping tiket termasuk 1,000 keping tiket khusus untuk kanak-kanak turut habis dijual tidak sampai dua jam kaunter tiket dibuka di Stadium Darul Aman dibuka. Empat kaunter tiket termasuk satu kaunter khas untuk kanak-kanak dan wanita turut dibuka.

Beliau turut mengesahkan pihaknya telah mengenal pasti ulat tiket yang didakwa cuba mendapatkan tiket final menggunakan kuota rombongan bas, sepuluh permohonan palsu telah disenaraihitamkan.

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog