BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Monday, November 30, 2015

Luahan Hati Sedih Allahyarham Yus Jambu Yang Sangat Menyayat Hati



‘Bukan merajuk tapi tak ada kerja!’ - Yus Raja Lawak


Kecewa dengan tawaran yang tidak kunjung tiba, Yus dilaporkan membawa dirinya pulang ke kampung, dia dikhabarkan merajuk dengan industri hiburan yang seolah-olah meminggirkan dirinya, beliau umpama anak tiri di gelanggang Raja Lawak!


Hampir dua tahun Yus menyepikan dirinya sehingga ada dakwaan yang mengatakan Yus sudah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni!

Tidak cukup dengan itu, Yus juga dilaporkan sudah menjual kereta mewah, TD2000 yang dimenanginya sebagai juara Raja Lawak dulu semata-mata untuk meneruskan kehidupannya. Justeru, Yus dianggap tidak menghargai hadiah yang diperoleh hasil daripada undian peminatnya, sekali gus mengundang pelbagai perspektif negatif di mata orang ramai.


Selain berdepan kesempitan hidup gara-gara tidak banyak peluang berlakon, Yus juga dikatakan dipinggirkan saudara kandungnya sendiri. Justeru, sejauh mana kesahihan khabar angin itu? Kesempatan bertemu Yus di Bachok, Kelantan, baru-baru ini, cuba merungkai segala persoalan terhadapnya ketika Yus diberi peluang memegang watak pelakon pembantu menerusi telefilem Tiga Budak Botak – Dua Hari Di Hari Raya.


Nak kata merajuk tu tidaklah sampai begitu sekali, tapi saya ambil keputusan pulang ke kampung sebab tak ada tawaran berlakon, tak ada job!
Selepas menang Raja Lawak memang ada tawaran, tapi selepas tu lama saya tak ada job. Saya pun fikir-fikir, nak duduk di Kuala Lumpur ni, kos sara hidup tinggi, lebih baik saya balik kampung, bukannya merajuk…


Memang saya rasa terkilan sebab tak ada job, sedih… Tawaran tu bukannya tak banyak, tapi memang tak ada langsung! Persembahan Gempaq Selebriti Astro, ada juga saya diundang tiga, empat kali, tapi selepas itu dah tak ada lagi.
Ada kalanya saya terkejut juga sebab tak ada job langsung. Orang kata saya kekurangan dari segi fizikal, sebab tu tak ada tawaran, tapi saya tak tahu nak cakap macam mana, bagi saya apa yang berlaku ni, rezeki tak memihak kepada saya.
Saya pun ada peminat tersendiri, mungkin pada ketika itu memang betul saya tak ada rezeki. Mungkin juga orang tak panggil saya berlakon sebab tak ada karakter sesuai dengan diri saya. Dah tak ada apa-apa yang boleh saya buat di Kuala Lumpur, saya baliklah ke Perlis. Saya buat kerja lama sayalah, mengajar tarian atau main teater, katanya.


Yus juga menjelaskan, dia menetap semula di kampung agak lama iaitu kira-kira dua tahun selepas tak ada langsung peluang diberikan kepadanya.
Justeru, saya nak perbetulkan tanggapan orang, selama dua tahun saya balik ke Perlis, bukannya merajuk kepada industri seni, sebaliknya saya tak diberikan peluang langsung. Saya tak mampu tinggal di Kuala Lumpur. Saya pun bukan orang senang, saya pun dah tak ada keluarga, mak ayah dah tak ada.

Dulu kalau sesak-sesak boleh jugalah minta duit daripada mereka. Kalau di Perlis, kos sara hidupnya rendah, setakat RM2 dah boleh makan. Kalau tak cukup makan, rumah jiran-jiran di kampung, bolehlah saya tumpang makan, tapi kalau di Kuala Lumpur, mana ada orang nak bagi saya makan…

Kadang-kadang kalau di kampung, ada show, bayar sekadar RM300 pun saya ambil, tak ada masalah. Bagi saya, RM300 pun dah besar sangat.
Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan nasib, atau rasa diri ini anak tiri, sebaliknya saya lebih percaya kepada rezeki, memang rezeki tidak memihak kepada diri saya. Rezeki itu memang ada, tapi pada ketika itu, Tuhan menurunkan rezeki kepada orang lain, katanya.

Yus akui, rakan seperjuangannya seperti Zizan dan Johan, lebih menonjol berbanding dirinya ketika ini tetapi beliau tidak kisah atau berasa cemburu sebab percaya rezeki itu hak masing-masing.

Lagipun Zizan dan Johan menyerlah dalam bidang pengacaraan, manakala saya lebih terarah ke bidang lakonan. Bagi saya rezeki masing-masing, perjalanan seni ini masih jauh, ada kalanya kita berada di atas, ada ketikanya pula kita di bawah, katanya.

Merempat selepas bergelar juara Raja Lawak

SEBELUM ini memang saya tak berniat nak jual TD2000 itu, sebab ia satu kenangan, hadiah juara Raja Lawak saya dulu, lagipun peminat yang SMS sehingga saya berpeluang memiliki kereta itu. Kadang-kadang kalau ada show, saya bawa TD2000 tu. Namun, selepas saya menjalani penggambaran drama Hanya Tuhan Yang Tahu di Sabak Bernam, Selangor, ketika dalam perjalanan pulang, ada sesuatu berlaku pada diri saya.

Angin tak mahu keluar daripada badan. Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, akhirnya saya dimaklumkan, saya ada masalah jantung. Saya ditahan di wad dan selepas pemeriksaan lanjut, tahap kolesterol saya terlalu tinggi! Saya terbayang, fikiran berpusing ligat seperti kipas yang saya pandang berpusing laju.

Baru saya teringat, saya ni tak ada tanah, tak ada rumah, duit pun tak ada. Nak shooting di Kuala Lumpur, saya kena naik bas dari Perlis.

Akhirnya saya ambil keputusan menjual TD2000 itu kepada seorang Cina di Ipoh, Perak. Dia bagi saya sebuah kereta Waja dan sejumlah wang tunai. Dapatlah saya meneruskan kehidupan. Sekarang, Alhamdulillah, saya semakin stabil mengurus kerjaya.

Bukannya saya tidak menghormati perasaan peminat sehingga tekad menjual kereta berkenaan, sebaliknya saya benar-benar kesempitan wang. Tak ada tempat nak bergantung. Saya hidup merempat, lebih-lebih lagi apabila saya kehilangan orang tua. Saya akui, dulu memang abang-abang saya tak ambil tahu perihal diri saya, tapi sekarang ni Alhamdulillah, ikatan silaturahim itu sudah kembali jernih.

Dulu memang saya terkilan, abang-abang saya tidak mempedulikan diri saya. Memang saya sedih, sebaik kehilangan orang tua, saya pernah berpuasa dan berhari Raya seorang diri selama beberapa tahun. Saya menangis seorang diri apabila saudara kandung sendiri tidak ambil pusing mengenai diri saya. Tapi, berkat kesabaran, hubungan yang dingin itu, dapat dipulihkan semula.

Sekarang saya lihat rezeki pemenang Raja Lawak musim terbaru seperti Wan, Achoe dan Idlan lebih terbuka luas. Sebaik saja mereka dinobatkan sebagai juara dan naib juara, terus mereka dapat tawaran berlakon, itu rezeki mereka. Pada masa sama, saya dipanggil untuk membintangi drama bersiri dan telefilem Tiga Budak Botak sebagai pelakon pembantu, jadi itu rezeki saya, kata Yus.

Info Yussry

NAMA SEBENAR: Yussry Edoo
NAMA PANGGILAN: Pak Yus
TARIKH LAHIR: 15 Mac 1976
ASAL: Kampung Nesam, Batu Pahat, Perlis
KELUARGA: Anak bongsu daripada tiga beradik
PENCAPAIAN: Juara Raja Lawak Astro musim pertama (2007)
FILEM: Seram (belum tayang)
DRAMA: Amit, Gerabak, Nurul Iman, Hanya Tuhan Yang Tahu, Caca Marba, Gitu-Gitu Apek, Tiga Budak Botak dan Tiga Budak Botak – Dua Hari Di Hari Raya
TEATER: Sri Mersing


                        


                             



Video Viral rakaman pelajar universiti awam dibuli



VIDEO seorang pelajar lelaki diganggu dan dibuli oleh beberapa individu menjadi viral dalam media sosial terutama laman Facebook.

Video berdurasi selama seminit yang dikongsi di laman Facebook Wartawan Jalanan dipercayai dirakamkan di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam.

Lapor The Rakyat Post, klip video itu menunjukkan mangsa, berpakaian kemeja putih dengan tangannya diletakkan di belakang badan, berulang kali ditampar dan ditumbuk pada tubuh dan muka mangsa oleh beberapa individu di tempat kejadian.

Dapat dilihat di dalam video, mangsa yang diikat dengan rantai di lehernya, diseret oleh salah seorang pembulinya.

“Dah macam anjing… binatang dah… Tercekik anak orang tu,” kedengaran perbualan antara dua lelaki yang dipercayai dirakamkan dalam insiden itu.

Pada masa sama, dua lelaki lain yang berpakaian kemeja putih merangkak menggunakan perut mereka, pada saat-saat akhir rakaman video itu, dipercayai turut dibuli.


Insiden dipercayai melibatkan sebahagian daripada pelajar junior yang didera oleh pelajar senior.

Klip video itu mendapat kritikan pengguna internet yang terkejut dengan tingkah laku beramai-ramai itu.

Pengguna Facebook, Norhasrizatun Nani meluahkan rasa terkejutnya terhadap tindakan keganasan dan mengkritik mereka yang merakamkan video itu yang disifatkan hanya mengabaikan dan menjadi penonton.

“Saya tak faham dengan orang zaman sekarang, merakam sesuatu tanpa membantu. Menyakitkan hati betul dengan pemikiran orang seperti ini.”

Seorang lagi pengguna, Fakhrul Radzim said: “Saya tidak percaya kami boleh memperlakukan orang lain seperti itu. Menjijikkan!”

“Tengok pada bahagian akhir video, pelajar terpaksa merangkak menggunakan perut. Penderaan ini teruk, ini mesti pelajar baru,” komen pengguna Facebook, Mohd Faizal Redzuan yang kemudian membuat kesimpulan bahawa tindakan buli itu adalah sebahagian daripada tindakan biasa yang dibuat di universiti itu.
Walau bagaimanapun, terdapat juga netizen yang melarang sebarang tuduhan melulu dibuat, dengan alasan kejadian tersebut bukanlah buli, malah ianya satu latihan.

"Cuba bayang kan satu hari nanti diorang ni kena tawan dengan musuh. Kemudian musuh buat lagi teruk dari ni. Kalau diorang tak bersedia dari awal. Adakah diorang akan tahan bila kena tawan nanti?" kata Ikhwan.
"Ini semua pengalamanlah bro.." komen Daus pula.

"Kalau tak mahu kena buli, pergi daftar masuk Puteri Islam," kata Hafiz.

Sinar

Punca kematian Yus Jambu terjawab



Pemergian pelawak popular, Yus Jambu, 39, mengejutkan ramai pihak terutama rakan pelawak kerana tidak menunjukkan tanda-tanda beliau mengalami sebarang masalah kesihatan.
Pelbagai versi cerita ada. Ada yang kata Pak Yus atau nama sebenarnya Yussry Edoo rebah ketika buat persembahan. Pak Yus sebenarnya mengadu kurang selesa dan sesak nafas selepas mengadakan persembahan di Dataran Merdeka, malam tadi.

Menurut info, jenazah Yus Jambu dilaporkan dikafankan di Hospital Selayang sebelum dibawa ke kampung kelahirannya di Perlis untuk dikebumikan hari ini.
Menurut rakan seperjuangan Jihan Musa, kehilangan Pak Yus memberikan impak yang amat besar dalam dirinya. Jihan menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang berhati mulia dan disenangi oleh banyak pihak.
“Pak Yus memiliki hati yang begitu mulia dan baik. Sukar untuk orang membenci Pak Yus kerana arwah begitu disenangi dengan keletah bersahajanya.
“Arwah baru saja menghubungi saya beberapa hari lepas bagi menanyakan pendapat saya mengenai perihal kerja. Langsung tidak nampak sebarang tanda arwah akan meninggalkan kita secara mengejut begini.
“Saya dimaklumkan mengenai berita ini setelah selesai mengacarakan program Gegar Vaganza 2. Saya dan Nabil bergegas ke Hospital Selayang untuk melawat jenazah untuk kali terakhir.
“Ramai orang memenuhi perkarangan hospital kerana arwah disayangi semua orang. Namun, Allah lebih menyayangi Pak Yus,” kata Jihan kepada BH Online.
Sementara itu, Sherry Al Hadad turut meluahkan rasa terkilannya kerana tidak dapat mengenali Allahyarham dengan lebih dekat.
“Saya baru saja mengenali arwah ketika bekerjasama untuk program Juara Parodi kelolaan Astro. Pak Yus sentiasa menceriakan kami dengan jenaka bersahajanya.
“Terkilan rasanya kerana tidak berpeluang untuk mengenali arwah dengan lebih dekat lagi. Diharap semua pihak mendoakan supaya Pak Yus ditempatkan dikalangan orang yang beriman,” kata Sherry.

Afdlin pula memaklumkan berita kematian Yus Jambu disampaikan oleh rakannya iaitu pelakon Angeline Tan.
“Saya tidak tahu terperinci tentang itu, namun berita itu disampaikan oleh salah seorang rakan iaitu pelakon Angeline Tan. Katanya, mereka baru pulang dari Konsert Raja Band di Dataran Merdeka dan dalam perjalanan pulang arwah sesak nafas. Jenazahnya masih berada di Hospital Selayang,” ujarnya kepada mStar Online.

Al-Fatihah.. Yus Jambu Meninggal Dunia



Berita diterima dari update status terbaru facebook Afdlin Shauki berkenaan kematian pelawak terkenal tanahair iaitu Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39.
Arwah dikatakan alami  sesak nafas di Hospital Selayang. 

Ini pula status Instagram Tauke


Gambar saat-saat akhir bersama peminat,

Gombak post ucapkan takziah kepada keluarga Allayarham Yus.

Al Fatihah. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang beriman...Inshaa Allah....Aamiin

Sunday, November 29, 2015

[Menakjubkan] Tetiba je jadi cantik


Ini kisah gadis cantik yang tiba-tiba menjadi tumpuan pengguna media sosial sejak minggu lalu.

Dikenali sebagai Fara Juliana, remaja berusia 16 tahun ini menjadi perhatian netizen apabila gambarnya yang diambil tiga tahun lalu dibandingkan dengan penampilannya hari ini oleh sebuah portal hiburan.



Suatu ketika dahulu, Fara aktif dalam kegiatan sukan yang membuatkan kulitnya bertukar gelap namun perubahan mula nampak ketara selepas dia meninggalkan bidang itu dan menafikan Fara ada mengambil makanan tambahan seperti kolagen.

Sultan Johor haramkan vape - terkedu kaki vape Johor



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, menitahkan penjualan rokok elektronik atau vape adalah diharamkan di negeri tersebut.

Laporan akhbar, The Star menyebut baginda memberi tempoh sebulan kepada semua peniaga vape di negeri itu untuk menutup premis perniagaan mereka bermula 1 Januari 2016.

"Ini adalah isu kesihatan dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada generasi muda. Ia tidak ada kena-mengena dengan perniagaan dan sama sekali tidak ada kaitan dengan bangsa," titah baginda. 


Kerajaan negeri juga diarahkan agar bersidang minggu hadapan untuk mempercepatkan proses tersebut. Baginda juga mempersoalkan tindakan sesetengah ahli politik yang dilihat mengalah kepada kehendak dan permintaan peniaga vape.

"Beta mahu tahu jika peniaga vape akan membenarkan ahli keluarga atau anak-anak mereka menghisap vape, jika benar ia selamat seperti yang digembar-gemburkan," baginda bertitah.


Dengan perkembangan terbaharu ini telah menjadikan Johor negeri pertama yang mengharamkan penjualan vape.

Setakat ini, belum ada kajian saintifik yang membuktikan bahawa vape boleh membantu menghentikan ketagihan rokok, sebaliknya pakar percaya vape akan menyebabkan satu bentuk ketagihan baharu di kalangan golongan muda.

Punca Black dimarahi peminat



KUALA LUMPUR: Penyanyi, Black menjelaskan tindakan beliau memuat naik gambar ujian alat kehamilan isterinya, Naquia Yasirah sebagai berkongsi saat indah dalam hidupnya kepada umum. Black atau nama sebenarnya, Hanifah Hanafiah, 28, berkata, beliau akan membawa isterinya berjumpa doktor bagi mendapatkan kepastian mengenai keputusan ujian alat kehamilan itu. 

Ramai pihak yang mempertikaikan tindakan dia memuat naik gambar keputusan alat kehamilan itu kerana belum berjumpa doktor lagi tetapi menegaskan mereka sudah dua kali lakukan ujian kehamilan itu dan yakin ia tepat.

Sesetengah peminat dikatakan kurang senang dengan tindakan memuat naik gambar keputusan ujian kehamilan isterinya itu di media sosial yang disifatkan masih terlalu awal. 

Menurut Black, mengikut pengiraan Naquia Yasirah atau dipanggil sebagai Cira, isterinya sedang hamil kira-kira sebulan lebih. "Saya memilih untuk memuat naik gambar itu kerana ingin orang ramai sama-sama mendoakan perkara baik buat kami sekeluarga dan supaya semuanya berjalan lancar. 

"Bagi saya tiada apa yang ingin disorokkan. Benda baik harus dikongsi bersama umum kerana mereka akan turut sama bergembira dengan cerita saya bakal mendapat cahaya mata kedua.

"Masih terlalu awal untuk meneka sama ada kandungan itu lelaki atau perempuan. Lebih manis sekiranya Cira mengandung bayi perempuan kerana saya akan mendapat sepasang cahaya mata. Namun pucuk pangkalnya, yang penting kandungan itu sihat," katanya. 

[Biar Betul] Makan Depan Webcam boleh dapat RM6,399 Sehari?




SEOUL: Seorang remaja lelaki mempunyai pekerjaan yang lumayan di mana dia hanya makan di depan komputernya sambil ditonton oleh orang ramai secara online.

Dengan kerjanya ini, dia mampun meraih pendapatan sehingga  £1,000 (RM6,399) setiap hari.

Remaja berkenaan, Kim Sung Jin, 14, akan menikmati makan malam seperti pizza, ayam gorenf dan amsakan Cina di depan komputer di dalam sebuah bilik kecil di kediamannya yang terletak di selatan Seoul dan ditonton oleh ribuan peminatnya.

Dia bukan sahaja makan, malah berkomunikasi dengan ribuan orang melalui melalui siaran video langsung yang disiarkan di Afreeca TV.

Sun Jing yang lebih dikenali dengan nama Patoo di dalam web tersebut mendapat tontonan ramai dan biasanya akan dibayar £1,000 (RM6,399) untuk setiap episod.

Pekerjaan ini telah dilakukannya sejak berumur 11 tahun di mana pada mulanya dia makan secara online sebagai satu cara untuk mencari teman untuk menemaninya makan kerana ibu bapanya tinggal berjauhan dengannya.

"Saya tinggal bersama datuk dan nenek yang biasanya akan makan malam awal menyebabkan saya sering keseorangan untuk makan,' katanya.

Tambahnya lagi, rancangan itu juga menyebabkan dia dikenali ramai.

"Ramai menyapa ketika bertemu di luar,' kata dipetik Dailymail.


Di Korea Selatan, aplikasi video online Afreeca TV mempunyai lebih 8 juta pelayar setiap bulan dan menjadi sebahagian kepada kehidupan sosial kepada remaja. - Siakapkeli.my

Impian JDT buru juara treble musnah



JOHOR BHARU: Felda United meranapkan impian Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk merangkul kejuaraan ketiga selepas menjuarai Piala AFC dan Liga Super, apabila menyingkir pasukan pilihan dalam kempen Piala Malaysia itu dengan keputusan agregat 3-2.

JDT tersingkir selepas kalah mengejut 1-2 dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia kepada Felda United di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi yang turut meleburkan rekod tanpa kalah JDT di laman sendiri sejak 2013.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan seri 1-1 pada suku akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selasa lepas.

Pada aksi di Larkin, pemain import dari Liberia, Zah Rahan Krangar muncul wira skuad 'The Fighters' setelah beliau meledak gol kemenangan pada minit ke-76.

Terdahulu, kedua-dua pasukan seri 1-1 dengan Felda United membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Thiago Augusto Fernandes seawal minit keempat perlawanan sebelum Kapten JDT, Safiq Rahim menyamakan kedudukan untuk skuad Harimau Selatan pada minit ke-49.

Sementara itu juara bertahan, Pahang turut mara ke separuh akhir kempen Piala Malaysia selain daripada Felda United, Kedah dan juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor selepas berakhirnya perlawanan suku akhir kedua, malam ini.

Pada aksi di Stadium Jalan Besar, Singapura, pasukan tuan rumah, Lions XII menang 2-0 ke atas Pahang namun gagal menghalang kemaraan skuad Tok Gajah ke peringkat separuh akhir menerusi kekalahan agregat 3-4.

Pahang sebelum ini mencatat kemenangan selesa 4-1 ke atas skuad kendalian Fandi Ahmad itu pada suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Selasa lepas.

Dua gol pasukan Seberang Tambak itu pada aksi malam ini dijaringkan oleh Christopher Van Huizen pada minit ke-11 dan pemain terbaik perlawanan, Muhammad Faris Ramli pada minit ke-19.

Perlawanan malam ini merupakan penampilan terakhir Lions XII dalam saingan bola sepak tempatan setelah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk tidak melanjutkan Memorandum Persefahaman yang ditandatangani bersama Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada 2011.

Selangor pula mencatat keputusan seri 1-1 menentang Sarawak di Stadium Shah Alam namun mara ke separuh akhir menerusi keputusan agregat 3-2.

Skuad The Red Giants sebelum ini menang tipis 2-1 ke atas Sarawak pada suku akhir pertama di Stadium Negeri, Kuching, Selasa lepas.

Pada aksi di Shah Alam, Ashri Chuchu meletakkan pasukan pelawat di hadapan menerusi gol pembukaan pada minit ke-22 sebelum penyerang Afiq Azmi menyamakan kedudukan untuk Selangor, selang enam minit kemudian.

Dalam pada itu, juara Liga Perdana, Kedah mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas PKNS FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang untuk mara ke separuh akhir menerusi keputusan agregat 4-2.

Kedua-dua sebelum ini seri 1-1 pada suku akhir pertama di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Tiga gol Kedah dijaringkan oleh Chidi Edeh pada minit ke-29, Sandro Da Silva (minit ke-68) dan Muhd Syafiq Ahmad pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Terdahulu, perlawanan berkenaan dicemari dengan aksi kasar antara kedua-dua pasukan sehingga memaksa pengadil, Samsudin Ibrahim melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan PKNS FC, P. Gunalan yang melakukan terjahan keras ke atas Da Silva pada minit ke-86.

Pemain import Kedah dari Brazil itu dianugerahkan pemain terbaik perlawanan berkenaan.

Pahang dijadual menentang Selangor manakala Felda United berdepan Kedah pada aksi separuh akhir yang menggunakan format timbal balik iaitu pada 2 dan 6 Dis ini.

Awani

Wan Azizah pujuk wakil rakyat BN tubuh gagasan politik baru


SHAH ALAM: Dua hari selepas Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan usul melarang ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar memasuki negeri itu, ibunya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini memujuk ahli parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah dan Sarawak meletak jawatan bagi membentuk sebuah gagasan politik baharu. 

Meletakkan alasan untuk menjuarai hasrat rakyat, Presiden PKR itu mendakwa pihaknya bersedia untuk menjalin kerjasama dengan gagasan berkenaan dan BN demi kebaikan rakyat di kedua-dua negeri itu. "Janganlah lepaskan peluang untuk menjuarakan hasrat rakyat dengan benar dan peluang membangunkan potensi terpendam mampu menjadi kenyataan jika 47 Anggota Parlimen Sabah dan Sarawak keluar BN dan tubuhkan satu gagasan baharu," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden PKR pada Kongres Nasional Tahunan Ke-11 parti itu, di sini hari ini. 

DUN Sabah sebelum ini meluluskan usul melarang dua Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah dan Tian Chua daripada memasuki negeri itu berikutan tersebarnya gambar Nurul Izzah bertemu Jacel H.Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram. Seramai 47 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah menyokong usul khas di bawah Peraturan Tetap 31 (3), tiga ADUN berkecuali, manakala lima ADUN pembangkang daripada PKR dan DAP tidak mengundi untuk tidak bersetuju, sebaliknya bertindak keluar dewan sebelum pengundian. 

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata parti itu sentiasa bersedia mengadakan perbincangan untuk melakukan kerjasama dengan BN sekiranya gagasan politik baharu diwujudkan di Sabah dan Sarawak. Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata, perbincangan itu dicadangkan merangkumi semua bidang terutamanya ekonomi, keselamatan dan pendidikan. 

Ketika ditanya tentang agihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun depan, Azmin berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku pertembungan calon membabitkan parti dalam Pakatan Harapan. 

Sementara itu, wakil PKR Kelantan, Dr Mohd Hafidz Ridza ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PKR menuntut PAS menambah bilangan kerusi kepada PKR di Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

Ini, katanya kerana parti berkenaan sehingga kini berjaya membuktikan bahawa mereka mempunyai jentera pilihan raya tersendiri dan calon terbaik yang boleh diketengahkan. Sebaliknya, wakil dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Romli Ishak pula membangkitkan sikap perwakilan dalam kongres tahunan parti itu kali ini yang dilihat tidak bersemangat, sekali gus menunjukkan ketidakyakinan anggota parti terhadap perjuangan PKR. BERNAMA

Russia umum sekatan ekonomi terhadap Turki


MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin semalam menandatangani satu dekri yang membenarkan beberapa tindakan sekatan ekonomi diambil terhadap Turki susulan insiden pesawat pejuangnya ditembak jatuh di sempadan Syria, minggu lalu. Sekata itu bertujuan untuk memastikan keselamatan negara dan warga negara Russia termasuk dalam larangan mengadakan penerbangan tempahan antara kedua-dua negara. 

Ahli perniagaan Russia juga dilarang mengambil sebarang kakitangan baharu warga Turki dan mengetatkan pemberian visa, demikian menurut kandungan dekri yang dikeluarkan Kremlin. Sementara itu dalam laman web Kremlin, sekatan itu termasuk beberapa barangan import dari Turki memasuki Russia, operasi syarikat Turki di Russia, dan pengambilan kakitangan Turki oleh firma Russia. - AFP

Saturday, November 28, 2015

Pengarah Terkenal Mengamuk Tak Ingat Dengan Artis Popular.. Hoiii!


Drama yang sedang trending di TV3 ketika ini, Kau Aku Kita merupakan drama terbitan JS Pictures kelolaan Sheila Rusly dan suaminya Jinggo. Ada kontroversi baru-baru ini mengenai segelintir artis yang sudah dianggap popular, menolak tawaran untuk berlakon di stesen RTM.

Artis tersebut yang bermula dengan RTM disifatkan bongkak kerana menolak tawaran untuk berlakon di stesen tv tersebut hanya kerana kekurangan penonton dan mendapat bayaran yang kurang lumayan. Jinggo akhirnya tidak tertahan lagi amarahnya dengan karenah artis yang kononnya popular itu hingga dia melepaskan segala amarahnya di IG beliau ( Jinggo_Jspictures).



#sendirimauingat



[KESIAN] Nina Juren ditipu peniaga online


Ini bukan pertama kali kisah peniaga online menipu. Namun, ibarat kata pepatah, jerat tidak akan melupakan mangsanya.
Terbaru, Datin Nina Juren pun jadi mangsa dan beliau mendakwa telah ditipu oleh seorang peniaga online yang masih tidak memulangkan kembali duit yang sudah dibayarnya. 
Nina Juren telah memuatnaik screenshot perbualannya  dengan 'penipu' tersebut ke akaun instagrammya tersebut sambil memaki penipu tersebut sebagai "SETAN"
Nina Juren menerusi laman Instagram miliknya meluahkan rasa tidak puas hati kepada peniaga online itu.
Sebuah foto screenshot perbualan aplikasi Whatsapp telah dimuat naik ke Instagram Nina dan beliau telah menggelar penipu itu “Setan”.

Melalui screenshot diatas, jelas, Nina meminta wang dipulangkan beberapa kali tetapi peniaga bernama Mira tersebut jelas hanya sekadar berjanji untuk pulangkan wangnya. berkenaan yang dipanggil Mira memberikan banyak alasan untuk membayarnya kembali.


Beto dah tak malu...


AKTOR Beto Kusyairi akui berlakon membantunya buang sifat pemalunya.

Pelakon berusia 35 tahun itu memulakan kerjaya lakonannya selepas diberi peluang untuk menggantikan seorang pelakon tambahan yang tidak dapat hadir menjalani penggambaran.

Sebelum itu, teraju utama Bravo 5 ini sudah pun bergiat aktif sebagai kru di belakang tabir sejak 1998.

“Sebelum ini, saya sangat pemalu. Namun, apabila berlakon, saya ‘dipakaikan’ dengan pelbagai watak.

“Oleh itu, ia menjadi terapi kepada diri saya dalam menghakis sifat pemalu itu,” katanya.

Meraih kejayaan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 2015 (ASK2015) baru-baru ini, Beto tidak mahu menjadikan ia sebab untuk naikkan harga bayarannya.

“Setiap bayaran diterima perlulah berdasarkan kepada kualiti kerjanya. Barulah, profesion yang dipilih ini menjadi satu kerjaya diiktiraf,” katanya.

Malah, pemilik nama sebenar Nurkusyairy Zakuan Osman ini juga mengakui perjalanan karier seninya agak getir sebelum menikmati kejayaan pada hari ini.
“Alhamdulillah, kini saya sudah berada pada tahap yang selesa selain boleh memilih karya yang saya mahu.


Kalau tak, kami semua akan undurkan dia....




“Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dah banyak buat perkara yang menyusahkan rakyat, kita desak beliau berundur... kalau tak, kami semua seluruh negara akan undurkan dia,”demikian desakan Ketua Umno Cawangan Kampung Railway, Mohd Said Midon.

Beliau bersama kira-kira 50 ahli Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia terus mendesak perkara itu dan memberitahu gerakan itu kini mendapat sokongan lebih 20 bahagian di seluruh negara.

Menurutnya, angka bukan sebagai penentu namun pihaknya ingin memberitahu pucuk pimpinan bahawa ketua cawangan yang memberi sokongan meminta Najib berundur bertambah setiap hari.

“Matlamat kami hanya mahu presiden turun, kalau beliau bijak...  jalankan pemilihan Umno tahun depan untuk kembalikan keyakinan kepada parti.

“Kami sayang Umno, kami orang Umno, kami tak akan keluar daripada Umno dan tak akan buat parti baharu, cuma dua perkara tu saja kami desak,” katanya pada sidang media Perjuangan Mendemokrasikan Umno ‘Berani Kerana Benar’, di Kelab Golf Kinrara, malam ini.

Ketua Umno Cawangan Bandar Puteri, Mohd Shukor Mustaffa berkata, pihaknya membuat ketetapan presiden perlu berundur dan tiada pemecatan kepada mana-mana ahli Umno yang menegur atau mengkritik parti serta pemimpin demi kebaikan.

Katanya, ketua cawangan yang memberi kuasa kepada presiden dan dengan ‘kuasa’ yang ada juga Najib akan dijatuhkan.

Dalam tempoh sebulan dua lagi, katanya, pihaknya akan menunjukkan bahawa mereka mempunyai kuasa yang dimaksudkan.

Mohd Shukor berkata, beliau kecewa apabila ketua bahagian yang diharap membuat teguran sebelum ini tidak bercakap hanya kerana takut menjejaskan kedudukan dari segi material.

“Kami harap teguran dilakukan oleh mereka yang berjawatan kepada nakhoda kapal layar Umno, namun ia tidak berlaku, jadi masa telah sampai untuk kami buka mulut dan lakukan sesuatu,”katanya.

Menurutnya, beliau sedih dengan perkembangan parti keramat tersebut kebelakangan ini termasuk tindakan tidak bijak di peringkat tertinggi parti.
“Kami tidak berseorangan mendesak perubahan berlaku dalam kepimpinan Umno Malaysia, jangan ada pihak yang beranggapan kami perosak Umno sedangkan kami tiang utama untuk Umno kembali kuat,”katanya.

Tambahnya lagi, Umno kini sudah tergelincir dari landasan dan pihaknya bertungkus lumus untuk memperbaiki semula landasan.

Beliau mempersoalkan mengapa mereka yang memberi kritikan membina dikenakan tindakan, dan yang melontar pandangan benar  serta ikhlas menjadi ‘dosa’ dalam Umno.

“Kami bukannya dalang dan tiada siapa menjadi dalang di belakang kami, kami menyusun rangkaian ketua cawangan yang berani untuk menentukan Umno berada di landasan sepatutnya,”katanya lagi.

Ketua Cawangan Umno Taman T.K.K, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, Najib tidak sesuai lagi mengepalai Umno atau BN untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

“Lebih baik beliau berundur daripada Umno menjadi mangsa pada masa akan datang, kami lakukan ini untuk selamatkan parti.

“Ada yang kata ia tak berkesan, kalau tak berkesan kenapa ada sembilan orang yang buat kenyataan dihantar surat dikenakan tindakan tatatertib,”katanya.


Sinar
 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog