BREAKING NEWS

Sukan

Nasional

Politik

Dari Blog Kami

Showing posts with label Nasional. Show all posts
Showing posts with label Nasional. Show all posts

Wednesday, February 3, 2016

Selepas Cuba Bertahan, Akhirnya Mukhriz Umum Lepas Jawatan MB Kedah

Setelah lebihkurang dua minggu cuba mempertahankan kerusinya, akhirnya Krisis Menteri Besar Kedah hampir ke penghujungnya apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan beliau akan berundur dari jawatan tersebut.


Mukhriz mengumumkan pengunduran tersebut berkuat kuasa serta-merta dan diumumkan secara rasmi menerusi satu sidang media sebentar tadi


Katanya, beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.

"Saya dimaklumkan saya hilang sokongan majoriti oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam," katanya dalam sidang media di Wisma Darul Aman di sini.


Adun Ayer Hitam tu juga mengesahkan perletakkan semua jawatannya dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).


Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukannya sebagai Pengerusi Umno Kedah.

Mukhriz berkata, beliau akan tetap setia kepada Umno walaupun kini tidak mempunyai sebarang jawatan.



Mukhriz turut melafazkan ikrar taat setia, yang tidak berbelah bahagi kepada Sultan Kedah, Tunku Temenggong Kedah yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, dan Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Difahamkan, Mukhriz terpaksa berbuat demikian selepas Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati bahawa Adun Ayer Hitam itu telah hilang kepercayaan daripada majoriti Adun negeri itu.


Istiadat angkat sumpah Menteri Besar akan diadakan pada Khamis ini. Sumber
[IKLANEKA]
Ubat mujarab masalah period tidak teratur
Cara putihkan gigi dengan mudah dan pantas
Inilah punca wanita suka dengan skirt labuh
Tawaran hebat untuk wanita nak kurus - Diskaun 50%
Dapatkan skirt labuh cantik disini.. sesuai untuk muslimah!
Hilangkan kesan jerawat tanpa kimia

Selepas Letak Jawatan, Kediaman Keluarga Mukhriz Mula Jadi Tumpuan


ALOR SETAR - Kediaman keluarga bekas Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Titi Gajah di sini mula dipenuhi orang ramai.


Mukhriz yang pulang ke rumah berkenaan sejurus sidang media di Wisma Darul Aman tadi disambut oleh beberapa penyokongnya.

Beberapa buah kenderaan Exco Kerajaan Negeri Kedah dilihat masuk ke dalam perkarangan rumah berkenaan.

Turut kelihatan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Kumpulan wartawan yang hadir ke lokasi berkenaan bagaimanapun tidak dibenarkan masuk.
[IKLANEKA]
Ubat mujarab masalah period tidak teratur
Cara putihkan gigi dengan mudah dan pantas
Inilah punca wanita suka dengan skirt labuh
Tawaran hebat untuk wanita nak kurus - Diskaun 50%
Dapatkan skirt labuh cantik disini.. sesuai untuk muslimah!
Hilangkan kesan jerawat tanpa kimia

Tuesday, January 26, 2016

Najib tidak bersalah, keputusan sudah dijangka

Ramai pihak mengatakan keputusan yang diumum oleh Peguam Negara hari ini sudah pun dijangka. Bagaimanapun, jika diteliti ada sedikit percanggahan tentang jumlah derma yang diterima oleh Najib daripada kerabat diraja Arab Saudi iaitu RM2.08 bilion berbanding nilai yang didakwa RM2.6 bilion sebelum ini, kurang RM520 juta.


Peguam Negara mendapati tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkait tiga kertas siasatan melibatkan dana RM2.6 bilion dan kes SRC International yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam satu sidang media hari ini berkata, dalam kes siasatan dana berjumlah RM2.6 bilion, beliau berpuas hati dengan keterangan saksi dan dokumen berkaitan dikemukakan SPRM menunjukkan dana berjumlah RM2.08 bilion yang dimasukkan ke akaun Najib merupakan sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Manakala, katanya, siasatan berkaitan SRC International di bawah Akta SPRM 2009 mendapati tiada keterangan menunjukkan Najib menyalahgunakan kedudukan beliau semasa mesyuarat Jemaah Menteri yang memberi kelulusan jaminan kepada wang pinjaman RM4 bilion oleh SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

Sementara itu, siasatan di bawah Kanun Keseksaan mendapati tiada keterangan yang boleh menunjukkan Najib mengetahui dan/atau dimaklumkan terdapat kemasukan wang dari akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau.

[IKLANEKA]
Ubat mujarab masalah period tidak teratur
Cara putihkan gigi dengan mudah dan pantas
Inilah punca wanita suka dengan skirt labuh
Tawaran hebat untuk wanita nak kurus - Diskaun 50%
Dapatkan skirt labuh cantik disini.. sesuai untuk muslimah!
Hilangkan kesan jerawat tanpa kimia

Wednesday, December 30, 2015

Abang! Tolonglah pulang cepat..



TAMBUNAN - Seorang lelaki, Joachim Hubertus Ola, 43 tahun dirayu pulang ke pangkuan keluarga dengan segera kerana ibunya sedang sakit tenat dan sedang dirawat di Hospital Keningau akibat masalah pernafasan.

Adiknya, Halena Hubertus Ola, 33, berkata, abangnya keluar dari rumah keluarga di Kampung Kipaku, Tambunan Sabah sejak 2001 untuk mencari kerja di semenanjung dan tidak pulang hingga ke hari ini.

"Setahun selepas kejadian tsunami, abang ada menghubungi keluarga mengatakan dia berada di Bukit Mertajam Pulau Pinang dan bekerja dalam sektor binaan. Abang kata dia selamat tak terlibat dengan tsunami.


"Namun selepas itu kami terputus hubungan dan cubaan untuk mencari abang juga gagal," katanya hari ini.



Halena berkata, pada tahun lalu bapa mereka meninggal dunia dan perkhabaran berkenaan tidak dapat disampaikan kerana Joachim gagal dijejaki.


Kata Halena lagi, ibunya Kinon @ Rosline Binti Umbak sering bertanyakan bila abangnya akan pulang kerana terlalu rindu.

"Saya merayu kepada abang agar segera pulang kerana sebelum ibu sakit dia sering bertanya di mana abang.

"Nama abang sering disebut-sebut. Kami buntu kerana tidak tahu bagaimana hendak mencari abang," katanya.

Halena boleh dihubungi di talian 0198040824.

Thursday, December 3, 2015

Johor Akan Haramkan Penjualan Rokok, Arak, Judi dan Rumah Pelacuran Pula Selepas Vape?



Rata-rata rakyat Malaysia khusunya di johor mahukan kerajaan bertegas dalam isu ini, beberapa orang mengemukakan cadangan agar semua produk yang menjahanamkan rakyat harus diharamkan, usah menuding jari pada vape sahaja. beberapa rakaman print screen luahan hati rakyat malaysia dirakamkan.

Peniaga vape di negeri ini meminta kerajaan negeri mempertimbangkan larangan penjualan produk itu dan memberi tempoh kepada mereka mendapatkan kembali modal perniagaan sebelum ia dikuatkuasakan.


Tinjauan Bernama di beberapa premis perniagaan vape di bandar raya ini mendapati suasana di premis agak suram dan beberapa penjual vape turut melahirkan rasa sedih dengan larangan tersebut.


Akhbar tempatan berbahasa Inggeris semalam melaporkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai bertitah agar larangan penjualan vape dikuatkuasakan dan semua premis yang menjual vape diberi tempoh sehingga 1 Jan depan untuk menutupnya.


"Berilah masa untuk kami mendapatkan kembali modal bagi penjualan vape ini," kata Noor Azlan Nardi, peniaga vape di Kilang Bateri, Jalan Tampoi, di sini ketika ditemui Bernama pada Ahad.


Pengusaha berusia 42 tahun itu berkata beliau terkilan dengan perkembangan terbaru itu kerana menjejaskan perniagaan anak Melayu sepertinya.


"Kami mula berniaga di tepi jalan, menumpang kedai mamak, sehinggalah kini kami mampu berniaga di kedai sendiri," katanya.


Beliau turut kesal kerana terasa teraniaya memandangkan maklumat mengenai sama ada perniagaan vape dibenarkan atau tidak sentiasa berubah.


"Kita peniaga rasa teraniaya sebab vape ini sekejap boleh, sekejap tidak boleh," katanya.



Pengusaha rayu tempoh pengharaman vape dilanjutkan


Noor Azlan berkata peniaga sepertinya telah mengeluarkan modal yang besar untuk memulakan perniagaan dan adalah sangat mustahil mendapatkan kembali modal dalam tempoh sebulan.


"Saya harap ada pihak yang mahu mendengar keluhan daripada peniaga vape dan mempertahankan hak kami," katanya sambil menambah memerlukan sekurang-kurangnya setahun untuk mendapat kembali modal sepenuhnya.


Sementara itu, Mohd Izwandi Suhaimi, 29, berkata beliau sedih dengan perkembangan berkenaan kerana baru sahaja memulakan perniagaan tersebut tiga bulan lalu.


"Tindakan itu umpama menutup periuk nasi kami, di mana kami hendak dapat modal balik kalau kami tutup kedai, sekurang-kurangnya bagi masa kepada kami dapatkan balik modal, separuh modal pun tak apa," katanya.

Terdahulu, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, Johor Datuk Ayub Rahmat berkata kerajaan negeri akan membincangkan titah Sultan Johor itu pada mesyuarat Exco dalam masa terdekat.

Beliau berkata pihaknya bersama agensi berkaitan seperti Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Bahagian Farmasi akan turut mengadakan perbincangan mengenai perkara itu sebelum dikemukakan pada mesyuarat itu.




Monday, November 30, 2015

Punca kematian Yus Jambu terjawab



Pemergian pelawak popular, Yus Jambu, 39, mengejutkan ramai pihak terutama rakan pelawak kerana tidak menunjukkan tanda-tanda beliau mengalami sebarang masalah kesihatan.
Pelbagai versi cerita ada. Ada yang kata Pak Yus atau nama sebenarnya Yussry Edoo rebah ketika buat persembahan. Pak Yus sebenarnya mengadu kurang selesa dan sesak nafas selepas mengadakan persembahan di Dataran Merdeka, malam tadi.

Menurut info, jenazah Yus Jambu dilaporkan dikafankan di Hospital Selayang sebelum dibawa ke kampung kelahirannya di Perlis untuk dikebumikan hari ini.
Menurut rakan seperjuangan Jihan Musa, kehilangan Pak Yus memberikan impak yang amat besar dalam dirinya. Jihan menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang berhati mulia dan disenangi oleh banyak pihak.
“Pak Yus memiliki hati yang begitu mulia dan baik. Sukar untuk orang membenci Pak Yus kerana arwah begitu disenangi dengan keletah bersahajanya.
“Arwah baru saja menghubungi saya beberapa hari lepas bagi menanyakan pendapat saya mengenai perihal kerja. Langsung tidak nampak sebarang tanda arwah akan meninggalkan kita secara mengejut begini.
“Saya dimaklumkan mengenai berita ini setelah selesai mengacarakan program Gegar Vaganza 2. Saya dan Nabil bergegas ke Hospital Selayang untuk melawat jenazah untuk kali terakhir.
“Ramai orang memenuhi perkarangan hospital kerana arwah disayangi semua orang. Namun, Allah lebih menyayangi Pak Yus,” kata Jihan kepada BH Online.
Sementara itu, Sherry Al Hadad turut meluahkan rasa terkilannya kerana tidak dapat mengenali Allahyarham dengan lebih dekat.
“Saya baru saja mengenali arwah ketika bekerjasama untuk program Juara Parodi kelolaan Astro. Pak Yus sentiasa menceriakan kami dengan jenaka bersahajanya.
“Terkilan rasanya kerana tidak berpeluang untuk mengenali arwah dengan lebih dekat lagi. Diharap semua pihak mendoakan supaya Pak Yus ditempatkan dikalangan orang yang beriman,” kata Sherry.

Afdlin pula memaklumkan berita kematian Yus Jambu disampaikan oleh rakannya iaitu pelakon Angeline Tan.
“Saya tidak tahu terperinci tentang itu, namun berita itu disampaikan oleh salah seorang rakan iaitu pelakon Angeline Tan. Katanya, mereka baru pulang dari Konsert Raja Band di Dataran Merdeka dan dalam perjalanan pulang arwah sesak nafas. Jenazahnya masih berada di Hospital Selayang,” ujarnya kepada mStar Online.

Al-Fatihah.. Yus Jambu Meninggal Dunia



Berita diterima dari update status terbaru facebook Afdlin Shauki berkenaan kematian pelawak terkenal tanahair iaitu Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39.
Arwah dikatakan alami  sesak nafas di Hospital Selayang. 

Ini pula status Instagram Tauke


Gambar saat-saat akhir bersama peminat,

Gombak post ucapkan takziah kepada keluarga Allayarham Yus.

Al Fatihah. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang beriman...Inshaa Allah....Aamiin

Sunday, November 29, 2015

Sultan Johor haramkan vape - terkedu kaki vape Johor



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, menitahkan penjualan rokok elektronik atau vape adalah diharamkan di negeri tersebut.

Laporan akhbar, The Star menyebut baginda memberi tempoh sebulan kepada semua peniaga vape di negeri itu untuk menutup premis perniagaan mereka bermula 1 Januari 2016.

"Ini adalah isu kesihatan dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada generasi muda. Ia tidak ada kena-mengena dengan perniagaan dan sama sekali tidak ada kaitan dengan bangsa," titah baginda. 


Kerajaan negeri juga diarahkan agar bersidang minggu hadapan untuk mempercepatkan proses tersebut. Baginda juga mempersoalkan tindakan sesetengah ahli politik yang dilihat mengalah kepada kehendak dan permintaan peniaga vape.

"Beta mahu tahu jika peniaga vape akan membenarkan ahli keluarga atau anak-anak mereka menghisap vape, jika benar ia selamat seperti yang digembar-gemburkan," baginda bertitah.


Dengan perkembangan terbaharu ini telah menjadikan Johor negeri pertama yang mengharamkan penjualan vape.

Setakat ini, belum ada kajian saintifik yang membuktikan bahawa vape boleh membantu menghentikan ketagihan rokok, sebaliknya pakar percaya vape akan menyebabkan satu bentuk ketagihan baharu di kalangan golongan muda.

Friday, November 27, 2015

Penjualan vape perlu diharamkan juga - Mufti Kedah



Kerajaan disaran supaya mengharamkan penjualan rokok elektronik (vape) dan shisha stick agar sejajar dengan keputusan bahawa hukum menghisap vape dan shisha stick adalah haram.

Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata selaras dengan keputusan pengharaman itu, kerajaan juga perlu mengambil kira perkara yang menyumbang kepada aktiviti berkenaan.

"Dalam Islam diharamkan arak bukan untuk minum saja, penjualan, pelesenan, penyediaan, semua diharamkan apabila kita menyumbang," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 23 Nov lalu memutuskan hukum menghisap vape dan shisha stick adalah haram kerana akan menyebabkan berlaku kemudaratan dan pembaziran kepada masyarakat Islam.

Syeikh Muhamad menjelaskan keputusan itu diambil setelah dibincangkan dengan teliti dan diberi penerangan khusus daripada pihak farmasi, serta berpandu ayat al-Quran.

"Ia hanya mendatangkan kemudaratan khusus kepada generasi yang akan kendalikan urusan pentadbiran negara pada masa akan datang, bukan sahaja orang Islam tapi semuanya," katanya.

Vape dikatakan berbahaya kerana mengandungi sejenis nikotin yang bervariasi iaitu nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol dan gliserin, yang apabila dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine sejenis larutan yang boleh menyebabkan kanser.

Sementara itu Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Mohammad Nazer Mustafa yang turut menyokong sepenuhnya keputusan pengharaman berkenaan berkata penggunaan vape atau sisha stick dilihat sebagai taktik baharu mengambil dadah.

Berbanding penggunaan suntikan jarum sebelum ini, pengguna boleh memasukkan bahan-bahan terlarang ke dalam perisa-perisa Vape sedia ada seperti ganja, syabu serta nikotin, katanya.

Jelasnya perkara tersebut sukar dikawal dan bakal menjadi fenomena membimbangkan apabila pelajar sekolah dilihat antara mereka yang banyak menggunakan vape atau shisha stick.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah Datuk Yusof Ismail turut meminta kerajaan bertindak tegas mengharamkan penjualan dan pengedaran vape di seluruh negara bagi mengelakkan kekeliruan kepada peniaga dan pengguna.

"Kalau misalnya Kedah haramkan, tapi bila orang Kedah ini nak pergi ke negeri yang tidak mengharamkannya, maka adakah dia boleh menggunakannya," katanya.


Awani

Janda kantoi lagi



Gambar hiasan

Seorang janda tidak serik apabila dia masih mengulangi kesalahan sama selepas sekali lagi ditahan berkhalwat bersama pasangannya di rumah sendiri.

Akibat perbuatannya itu, janda berusia 26 tahun itu dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu dan dijatuhi hukuman penjara sebulan serta denda RM2,600 atau berdepan penjara tambahan lima bulan lagi jika gagal menjelaskan denda.

Sebelum ini, pada 6 Oktober 2013, dia yang bekerja sebagai pembantu kedai kain pernah didenda RM2,400 atau dua bulan penjara jika gagal menjelaskan denda oleh Mahkamah Rendah Syariah Kemaman kerana kesalahan berkhalwat.

Sementara itu, pasangannya yang berusia 35 tahun dan masih bujang pula didenda RM2,600 atau empat bulan penjara, jika gagal membayar denda.
Keputusan dibuat selepas mereka berdua mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Mereka didakwa berkhalwat di dalam sebuah rumah di Pangsapuri Ladang, Fasa 2, di sini, jam 12.45 tengah malam pada 30 September lalu.

Sepasukan pegawai penguatkuasa syariah daerah melakukan serbuan berwaran ke atas sebuah rumah pangsapuri itu.

Sebaik tiba, pintu rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam sebelum anggota penguatkuasa mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali.
Pintu utama dibuka seorang wanita kira-kira seminit kemudian sebelum anggota memperkenalkan diri dan menunjukkan waran geledah serta meminta izin untuk membuat pemeriksaan.

Anggota penguat kuasa syariah kemudiannya menemui seorang lelaki di dalam bilik pertama dan pemeriksaan mendapati hanya mereka berada di dalam rumah berkenaan.

Hasil soal siasat mendapati mereka tidak mempunyai hubungan suami isteri atau muhrim, sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.


Saturday, November 21, 2015

Gadis dijumpai mati di rumah bekas kekasih



Seorang gadis berusia 19 tahun dijumpai mati dengan kesan bengkak pada muka dan luka di bahagian betis di sebuah pangsapuri di Cheras Utama, Cheras pada Jumaat.

Mayat mangsa ditemui di salah sebuah bilik dalam keadaan terlentang di atas lantai kira-kira 5.10 petang oleh anggota Polis yang tiba di pangsapuri berkenaan setelah menerima maklumat.



Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata mangsa sebelum ini tinggal bersama bekas teman lelakinya di rumah berkenaan namun keluar dari rumah Oktober lepas kerana berlaku perselisihan faham.



Katanya siasatan awal mendapati mangsa kemudian pulang ke rumah lelaki itu pada Rabu lalu dalam keadaan bengkak di bahagian muka dan badan selain terdapat luka di kedua-dua belah betis.


"Lelaki berkenaan ingin membawa mangsa ke hospital, tetapi mangsa enggan dan menyatakan bahawa dia telah dikejar dan dipukul oleh teman lelakinya yang baharu," katanya.

Sumber: Awani

Friday, November 13, 2015

Langgar arahan polis, pemandu lori ini nekad rempuh plaza tol


BENTONG: Seorang pemandu lori berusia 35 tahun ditahan polis selepas merempuh Plaza Tol Bentong petang tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohd Mansor Mohd Noor berkata kejadian berlaku pada jam 2.25 petang dan pemandu berkenaan telah ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

"Pada jam kira-kira 1 petang, beberapa buah lori telah diberitahu tidak dibenarkan melalui plaza tol berkenaan namun mereka berkeras mahu masuk. Mereka suruh buka pintu tol supaya mereka boleh melaluinya," kata Mohd Mansor kepada pemberita di sini, hari ini.

"Pada jam 2.15 petang, seorang pemandu lori tidak mengendahkan arahan polis dan merempuh tol berkenaan," tambah beliau.

Jelas Mohd Mansor, polis telah menasihati pemandu berkenaan agar tidak melalui jalan berkenaan kerana ia masih tidak selamat untuk pengguna jalan raya.

Beliau berkata pemandu berkenaan kemudiannya ditahan polis dan kesnya akan dibawa ke mahkamah secepat mungkin.

"Kita tidak mahu kemalangan berlaku kerana tindakan yang melulu."

Siasatan awal mendapati pemandu berkenaan nekad merempuh plaza tol kerana terdesak untuk menghantar muatan.

Sementara itu, Mansor juga meminta agar pembonceng motosikal menepati arahan polis demi menjamin keselamatan mereka.

Susulan kejadian banjir lumpur berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada 6.30 petang Rabu, lorong di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup sejak semalam bagi kerja-kerja pembersihan lumpur.

Sunday, September 6, 2015

Jangan buat spekulasi tidak berasas tentang kehilangan Kevin Morais - SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap tidak ada mana-mana pihak membuat spekulasi tidak berasas mengenai berita kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Azam Baki dalam satu kenyataan juga tidak mahu mana-mana pihak mengaitkan kejadian ini dengan mana-mana siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM, dan juga siasatan polis berhubung kebocoran maklumat.

Azam turut berharap Kevin Morais ditemui dengan selamat secepat yang mungkin.

“(Kami) berharap keluarga beliau akan bersabar sementara pihak Polis Diraja Malaysia sedang bertindak untuk mengesan beliau,” kata beliau dalam kenyataan itu.

Tambahnya, Kevin Morais pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, SPRM dan telah mewakili SPRM sebagai Timbalan Pendakwa Raya selama hampir 10 tahun sebelum kembali ke Jabatan Peguam Negara pada 1 Julai 2014.

“Beliau seorang yang sangat berdedikasi dan berkomited dalam menunaikan tugas dan  tanggungjawab sebagai Timbalan Pendakwa Raya, serta seorang yang sangat peramah.

“Sepanjang tempoh bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Kevin Morais telah mengendalikan banyak kes berprofil tinggi dan sehingga kini masih mengendalikan beberapa kes melibatkan SPRM,” katanya.

Difahamkan kali terakhir dia dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta untuk keluar bekerja pada pagi Jumaat lalu, menggunakan kenderaan rasmi kerajaan dengan nombor pendaftaran WA 6264 Q.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata siasatan masih dijalankan untuk memastikan jika kes kereta rentung yang ditemukan di Hutan Melintang ada kaitan dengan kes kehilangan Kevin Morais yang dilaporkan hilang sejak Jumaat.

Friday, September 4, 2015

Anak TPM jelaskan bagaimana beliau dapat Dato'

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjawab soalan serta kritikan netizen yang diterimanya di media sosial, berkenaan status dan gelaran "Dato’".


Dato' Nurulhidayah Ahmad Zahid, 36, melalui laman Instagramnya menafikan dakwaan segelintir pihak yang menyatakan gelaran itu diterima kerana jasa beliau sebagai 'Parade Commander' atau Ketua Perbarisan dalam satu acara Askar Wataniah.



“Hak bersuara saya dinafikan, tetapi saya tampil untuk menafikan bahawa saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan bahawa gelaran "Dato'" itu adalah kurniaan yang saya terima kerana menjadi 'Parade Commander' atau Ketua Perbarisan dalam satu acara Askar Wataniah,” jelas Nurulhidayah.



Menurut beliau, gelaran itu diberi berasaskan kerjaya beliau sebagai Ketua Komunikasi Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad.



Anak TPM itu juga menjawab persoalan netizen dengan berkata, gelaran "Dato'" tidak terhad kepada 'jasa'  yang diberikan oleh seseorang kepada sesebuah negeri, malah ia adalah satu kurniaan daripada Sultan kepada sesiapa sahaja yang Tuanku kehendaki.



Nurulhidayah yang juga merupakan Leftenan Muda Askar Wataniah menegaskan beliau tidak akan menjatuhkan maruah angkatan Askar Wataniah yang menjadi sanjungan tinggi padanya.



“Gelaran Dato' itu adalah gelaran di dunia sahaja; yang akan mengangkat kita di akhirat kelak adalah pahala daripada amal kebaikan yang kita lakukan semasa hidup.



"Darjat yang kekal adalah di sana.



“Kepada yang mencipta dan menyebar fitnah, kita akan berjumpa di mahkamah Allah kelak, saya tunggu.”

Sebelum ini, Nurulhidayah mengundang kemarahan netizen menerusi kenyataannya Facebooknya yang menyelar Perhimpunan Bersih 4 sebagai 'kerja bodoh'.



 
Copyright © 2015 Sinaran Harian
Powered byBlog